Kiub Ais Gantikan Alat Solek, Ini Cara Kilat Nak Jadikan Kulit Glowing

Share

Guna kiub ais gantikan alat solek, ini salah satu cara nak jaga kulit bagi anda yang tak suka pakai mekap waktu keluar rumah.

Cukup mudah, anda boleh menggunakan kiub ais selepas tanggalkan masker supaya lebih memudahkan pori-pori muka tertutup dan kulit muka jadi lebih tegang.

Kiub ais juga boleh digunakan sebelum make up dengan cara oleskan pada kulit muka supaya hasil make up jadi lebih cantik.

Rawatan kecantikkan guna kiub ais ni sangat menarik. Ada beberapa manfaat yang boleh didapati apabila membuat rawatan kulit muka menggunakan kiub ais pada waktu pagi dan malam. Mudah saja sebenarnya untuk cantikkan kulit muka dengan kiub ais ini.

Manfaat cantikkan kulit wajah menggunakan ais:

Kiub Ais Buat Kulit Glowing

Bila meletakkan kiub ais di atas kulit muka, kiub ais tersebut akan membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit akan kelihatan sihat bercahaya secara semulajadi. Untuk memberikan kesan yang lebih, boleh juga menggunakan kuib ais buah-buahan ke atas muka.

Kiub Ais Dapat Kurangkan Noda

Penggunaan kuib ais juga dapat mengurangkan noda pada muka dan radang serta kemerahan jerawat. Boleh terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga merasa kebas. Boleh lakukannya setiap pagi dan malam.

Kiub Ais Merawat Lebam Mata

Kombinasi jus timun dan air rose yang membeku boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam. Ini dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam.

Kiub Ais Jadi Penyegar Kulit

Kiub ais merupakan pelancar atau penyegar kulit yang murah. Boleh menggunakannya sebelum memakai alat solek supaya liang-liang pori mengecil. Keadaan itu akan menjadikan bedak asas anda lancar dan sempurna.

Kiub Ais Ganti Alat Solek

Jika anda jenis tak ada banyak masa untuk memakai alat solek, letakkan sahaja kiub ais di muka menggunakan kain balut. Ini akan menjadikan kulit muka akan kelihatan berseri dan semula jadi tanpa penggunaan sebarang alat solek.

Kiub Ais Elak Kedut

Penggunaan kiub ais pada kulit muka dapat melambatkan wujudnya garis-garis penuaan serta mengurangkan garis-garis penuan yang sedia ada.

Tips Penting Guna Kiub Ais Pada Kulit Muka

Penggunaan kiub ais berkesan tanpa dibalut tetapi perlu sentiasa menggunakan sarung tangan supaya anda boleh memegang kiub ais dengan mudah.

Menggunakan kiub ais yang berbalut ke atas kulit muka akan memberi kesan yang sama sekiranya meletakkan kiub ais tanpa membalutnya .

Sejuk yang melampau akan menghentikan kapilari di bawah kulit. Oleh itu , jangan meletakkan kiub ais kosong yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk ke atas kulit muka.

Dilarang menggunakan kiub ais kosong ke atas kulit muka yang sudah rosak kapilarinya atau meletakkan kuib ais terlalu lama.

Sekiranya merasa tidak selesa, berhentilah. Elakkan meletakkan kiub ais di satu-satu tempat melebihi 15 minit.

Kalau rajin, anda juga boleh isi kiub ais dengan air rose, lemon , teh hijau, teh chamomile, timun dan bahan lain yang mesra kulit mengikut keperluan kulit muka anda.

Mesti ada yang tak sabar nak cuba, bukan? Nak-nak pula bila dapat tahu manfaat kiub ais ke atas kulit muka dan tips-tips penggunaan kiub ais memang bagus. Nak cuba pun senang je. Yang penting rajin. Jom cuba!

Published by
Nadia