Double cleansing merujuk kepada rutin membersihkan muka dua kali menggunakan pembersih berbentuk minyak atau micellar water, diikuti dengan pembersih air seperti sabun muka.
Teknik double cleansing ini semakin menjadi perdebatan di kalangan penggemar kecantikan. Tetapi apakah double cleansing benar-benar diperlukan untuk mendapatkan kulit yang bersih dan sihat?
Okay, jom ketahui lebih jauh tentang double cleasing…
Satu kelebihan utama double cleansing adalah kemampuannya untuk membersihkan kulit. Langkah pertama dengan pembersih berbentuk minyak membantu mengangkat solekan jenis waterproof yang sukar dihapuskan dan menghilangkan sebum berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Ini membolehkan pembersih muka biasa yang anda biasa gunakan boleh menyentuh kulit secara lebih efektif.
Adakah perlu double cleansing dalam rutin kecantikan? Ia bergantung kepada jenis kulit dan gaya hidup seseorang. Jika anda menggunakan solekan tebal atau terdedah kepada persekitaran yang kotor, double cleansing adalah kunci yang membantu membersihkan kulit anda dengan lebih mendalam.
Tetapi, jika anda mempunyai kulit kering atau sensitif, mungkin lebih baik menggunakan pembersih yang lembut untuk mengelakkan berlakunya iritasi.
Di sisi positifnya, double cleansing dapat memberikan kesan kulit yang lebih bersih dan segar, serta membantu meningkatkan penyerapan bahan-bahan aktif dalam produk perawatan kulit yang digunakan selepasnya.
Haaa.. tetapi teknik double cleansing ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Jadi penting untuk anda memilih oil cleanser yang sesuai dengan jenis kulit anda.