Kecantikan

Kecilkan Liang Pori Terbuka, Wanita Ini Guna Kiub Ais Saja

Share

Rupanya kalau nak kecilkan liang pori terbuka, cara paling jimat dan berkesan boleh guna kiub ais sahaja.

Menurut perkongsian saudari Farah, anda boleh amalkan sekali seminggu pun dah cukup. Tetapi kalau rajin buat setiap hari pun tak ada masalah.

Selain dari mengecilkan liang pori terbuka, sebenarnya banyak lagi faedahnya. Tetapi kali ini Farah highlightkan 2 sahaja dan masalah ini biasanya semua orang akan ada.

• Large pores

• Dull skin

Biasanya kita mungkin akan habiskan duit untuk beli set penjagaan wajah, bukan?

Namun belum tentu ada kesannya dan sesuai dengan kulit, jadi jom cuba tip cantik ini.

Langkah-langkah Kecilkan Liang Pori Terbuka

1. Gunakan libu ais untuk membuatkan skin icing ini.

2. Balutkan kiub ais menggunakan kain jika perlu atau jika tidak tahan sejuk. Buat di muka selama 5 saat pada setiap bahagia.

3. Mulakan massage kiub ais bermula dari dahi, kemudian pipi dan juga dagu.

4. Awas, jangan massage ais terlalu lama pada kulit, ya!

Okay, anda boleh amlkan tip ini seminggu sekali dan pasti akan dapat hasilnya.

A. Kulit menjadi glowing

B. Pores lebih kecil

C. Smooth skin

D. Jerawat cepat kecut

Senang dan jimat, semoga tip cantik ini berguna buat anda yang mahu kecilkan liang pori di wajah dan cantik sebelum raya!

IKLAN