Jom, belajar macam mana nak kecilkan liang pori yang terbuka untuk hasil mekap yang lebih kemas!
Pori adalah liang halus pada muka, biasanya banyak pada kawasan hidung dan tepi hidung, dahi, serta dagu.
Jika tidak dijaga dan selalu dibersihkan ia boleh berkumpul membentuk blackhead serta jerawat pada kulit. Sebaik-baiknya jangan picit atau sedut pori kerana tindakan ini akan merosakkan tisu kulit, luka dan jangkitan bakteria pada pori lain, serta membuatkan pori semakin membesar.
Ikuti langkah berikut untuk membersihkan pori dengan lembut dan berkesan supaya kelihatan lebih kecil.
Lakukan double cleansing setiap hari pada rutin paling akhir menggunakan oil cleanser disusuli dengan normal cleanser. Oil cleanser lebih berkesan untuk membersih sehingga kedalam pori. Caranya mudah, urut perlahan oil cleanser dengan tangan yang bersih dan kering ke serata muka selama 60 saat.
Fokus pada kawasan yang mempunyai banyak pori seperti hidung. Letakkan sedikit air untuk bersihkan oil cleanser dari muka, ulang sehingga hampir kesemuanya tertanggal. Bilas dan cuci muka sekali lagi dengan cleanser biasa.
Menggunakan chemical exfoliation secara teratur untuk melarutkan sebum dan sel-sel kulit mati keluar dari pori. Walaupun memakan masa untuk lihat hasilnya, gabungan AHA dan BHA mampu membersihkan pori dengan berkesan. AHA membuang sel-sel kulit mati yang terperangkap manakala BHA bertindak memecah dan melonggarkan sebum jauh kedalam pori.
Seminggu sekali wapkan muka yang bersih atau tekap dengan tuala suam selama beberapa minit untuk longgarkan sebum dalam pori. Kemudian pakai clay mask selama 15 minit supaya dapat menyerap dan menarik keluar sebum dan kekotoran pada kulit. Bersihkan clay mask dan pakai sheet mask dengan serta merta bagi menggantikan kelembapan dalam pori. Kalau tiada sheet mask boleh pakai hydrating toner atau serum. Akhir sekali jangan lupa pakai moisturizer ya.
Fokus penjagaan pori adalah pada pembersihan kotoran serta sebum dan menggantikan minyak tersebut dengan lembapan dari skincare supaya pori tidak terasa kering dan merembeskan lebih banyak minyak untuk melembapkan liang.
Semua ini harus dibuat dengan konsisten selama beberapa baru nampak hasil ketara. Apabila pori sudah mengecil pun masih kena buat sebab kitaran semula jadi kulit memang macam tu.
Anda boleh juga cuba toner, essence, serum, dan moisturizer yang khusus untuk ‘pore care’. Namun sebenarnya produk itu semua tidak berkesan pun jika liang pori tidak dibersihkan.
Jadi, bersihkan pori dengan betul dan tingkatan hidrasi kulit supaya produk ‘pore care’ yang dipakai lebih berkesan dan tidak membazir.