“Kalau Kulit Kering, Sunscreen Jangan Tinggal!” Patutlah Irma Hasmie Cantik Walau Tanpa Mekap

Share

Sejuk tengok peribadi dan perwatakan Irma Hasmie. Memulakan karier seni sebagai model dan pelakon, fokus Irma hari ini lebih tertumpu kepada aktiviti dan misi kemanusiaan.

Baru-baru ini ada salah satu posting Irma menarik perhatian Rapi ialah tentang penjagaan kulit wajahnya. Dia yang mempunyai raut wajah yang cerah dengan hanya memakai tudung bawal, dilihat tersenyum manis di hadapan satu hidangan dengan satu kapsyen menarik tentang penjagaan wajah.

Hari ini tak nak make up, tak nak pikir diet, nak makan dessert jer jom!

“Whether I’m wearing lots of MAKEUP or NO MAKEUP , I’m always the same person inside.” – Lady Gaga

Sejujurnya, wanita berusia 40 tahun ini masih lagi kelihatan langsing dan mempunyai air wajah yang cantik bersih walau tanpa sebarang mekap.

Perlunya Jaga Kulit Wajah

Bersambung hari kedua pula, ini yang Irma naikkan di laman instagram miliknya tentang pentingnya untuk menjaga kulit wajah dari awal dengan produk yang sesuai sebelum anda terpaksa berhabis duit berganda disebabkan masalah jeragat.

“Semalam cerita pasal outing without make up. Betul, ada je hari malas kita. Ke saya je yang malas-malas ni? Kulit kering dan mudah naik pigmen. Yang itu memang kena jaga. Sekurang-kurangnya sunscreen jangan tinggal. Kalau dah ada jeragat kena spend duit pi laser, lagi banyak duit kena keluar. Jadi mula jaga dari awal.”

Untuk nota terkini, Irma Hasmie dikurniakan dua cahaya mata bernama Redza Shah Irfhan dan Irma Nur Naylie selepas hampir 10 tahun berkongsi kehidupan bersama Redza Shah Azmeer pada tahun 2012.

Haa.. sudah berpangkat ibu anak dua ya. Tetap dia rajin bab penjagaan kulit wajahnya dan penampilan Irma pun sangat sopan dan menjaga aurat. Moga dia terus istiqomah dan bahagia bersama keluraga tersayang.

Published by
Nadia