Jeragat Buat Wajah Nampak Unik, Sanggup Tambah Titik Sebab Suka!

Share

Wow, ada yang anggap jeragat buat wajah nampak unik! Eh, punya lah banyak produk untuk mencegah kulit daripada naik jeragat Tetapi rupanya ada juga yang suka.

Pelik kan? Itu lah, katanya tompok-tompok jeragat membuatkan wajah lebih tampak manis dan unik!

Jeragat Buat Wajah Nampak Unik, Sanggup Tambah Titik Sebab Suka!

Ada yang rajin sanggup menambah titik menggunakan eyeliner pada pipi dan hidung konon untuk menambah seri jeragat palsu.

Di negara barat, tompok jeragat atau dipanggil freckles sudah menjadi salah satu trend kecantikan malah diangkat sebagai beauty standard

. Malah di Malaysia pun, ada yang acah-acah tambah freckles pada kulit.

Bahaya ke jeragat?

Langsung tidak bahaya pada kulit dan tidak memberi kesan negatif pun pada kesihatan. Cumanya mungkin ada yang tidak suka melihat wajah bertompok dan warna kulit tidak sekata. Jika pakai mekap sudahnya jadi leceh perlu conceal dan lakukan color correcting. Biasanya mereka yang ingin freckles ini konon sukakan kecantikan semula jadi.

Cara nak ada jeragat?

Jika orang lain sibuk pakai krim pelindung matahari, anda tak perlu! Dedahkan sahaja wajah kamu pada cahaya matahari untuk menghasilkan lebih melanin. Sel melanin ini akan melapisi atas kulit untuk melindungi kulit dari sinar UV. Melanin boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu tompokan (jeragat) atau merubah tona kulit menjadi lebih gelap. Ia bergantung kepada kulit dan kawasan yang terdedah, cuba lihat pada kaki atau tangan anda, jeragat kat situ pun ada lah!

Namun ada orang secara semulajadi jeragat timbul atas faktor genetik.

Cara Nak Pudarkan Jeragat

1. Guna Lemon

Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.

Cuba gunakan 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukannya ke atas kawasan yang berjeragat. Biarkan selama 8 hingga 10 minit dan lakukannya 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik.

2. Kunyit

Penggunaan kunyit merupakan salah satu cara hilangkan jeragat secara tradisional.

Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.

Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian, kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukannya pada kawasan yang diingini. Kemudian, tunggu sehingga ia kering.

Amalkan tip ini seminggu sekali.

Hah, anda sendiri rasa cantik tak kalau ada jeragat?

Published by
Nadia