Kecantikan

Jelitanya Ayu Raudhah Di Usia 40 an, Inilah Rutin Harian Yang Diamalkan

Share

Disoal tentang persediaan untuk aktif kembali dalam dunia lakonan, pelakon Ayu Raudhah belum bersedia selepas hampir tujuh tahun menyepikan diri.

Dalam usia hampir 40 tahun bulan Disember nanti, Ayu atau Raudhah Che Wan cukup sibuk menguruskan anak-anaknya yang masih kecil selain lebih selesa menjalankan perniagaan dari rumah.

Jelitanya Ayu Raudhah Di Usia 40 an

Malah katanya, dia tidak mahu menyusahkan pihak produksi kerana sedar tidak dapat memberi komitmen memandangkan proses penggambaran biasanya mengambil tempoh yang panjang.

“Boleh sahaja nak buat seperti itu (kerja sehingga 5 petang). Tapi saya rasa menyusahkan orang lain. Sebab penggambaran itu, kalau kita setuju untuk komited, kena beri 100 peratus.

“Sekarang ini saya besarkan anak dan lagipun saya buat bisnes depan mata anak-anak. Buat bisnes dekat rumah sahaja,” katanya.

Dalam masa sama, Ayu mengakui masih rindu dalam dunia lakonan dan akan membuat kemunculan semula sekiranya sudah bersedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya.

Tip Cantik Ayu Raudah

Menyentuh soal kecantikan, tidur memang jaga dan air pun kena cukup, ini antara amalan harian Ayu Raudah. Nak pakai mask kadang tak sempat, jadi bab cuci muka memang jaga. Sebelum tidur cuci muka sebab biasa mekap, pakai toner dan sapu pelembap. Itu memang rutin.

Dan kalau berpantang memang ikut cara tradisional. Jaga badan ini memang untuk kepuasan sendiri bukan untuk orang lain.

“Kadang ada masa hari malas, tak pakai skincare, memang akan nampak jeragat muncul. Jadi gagahkan diri juga untuk jaga kulit wajah,”

kongsi Ayu menerusi temubual dengan team Rapi.

Begitulah hakikatnya menjadi seorang wanita, kecantikan dan penampilan memang tidak pernah berpisah walau pun bertukar status menjadi seorang ibu. Selagi boleh akan jaga, bukan untuk orang lain tetapi lebih kepada kepuasan diri sendiri. Rasa yakin nak berdepan dengan orang luar.

Jom lah teruskan jaga kulit wajah macam Ayu Raudhah!

Published by
Nadia