Kecantikan

Jelita Bagai Tak Dimamah Usia, Erra Fazira Tak Ambil Pusing Soal Gelaran Datuk

Cantik bagai tak dimamah usia, Erra Fazira yang cukup sinonim dengan gelaran Primadona Filem Melayu, tidak ambil pusing soal gelaran Datuk.

Walau sering dikatakan selayaknya menerima gelaran tersebut, pelakon wanita ini memilih untuk bersikap terbuka dan lebih positif.

Erra Fazira Tak Ambil Pusing Soal Gelaran Datuk

Meskipun prestasinya dalam dunia seni begitu gemilang dan diiktiraf ramai, Erra, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 50, masih belum dianugerahkan pengiktirafan itu.

Bagi Erra, persoalan tentang gelaran tersebut sering kali menimbulkan perasaan terharu dalam dirinya. Meskipun ramai peminat berpendapat bahawa beliau layak menerima pengiktirafan yang diberikan oleh Sultan atau Yang di-Pertua Negeri, Erra tetap merendah diri dan enggan mengambil berat mengenai perkara ini.

Saya tidak ambil pusing tentang perkara ini. Saya bukanlah orang yang tepat untuk komen tentang isu ini kerana ini bukan bidang saya. Pada saya, ada ramai lagi selebriti senior yang lebih layak dan mempunyai jasa serta bakti untuk dapat gelaran Datuk,” ujar Erra.

Cukuplah Peminat Menghargai Bakatnya

Biarpun ramai yang menganggap dirinya layak, Erra lebih menghargai niat baik peminat yang menzahirkan pandangan tersebut. Bagi beliau, penghargaan daripada peminat adalah sesuatu yang sangat bermakna, walaupun tanpa gelaran rasmi.

“Kalau ramai yang berpendapat bahawa saya layak dapat gelaran Datuk, pada saya itu adalah pendapat mereka dan saya berterima kasih kerana itu sedikit sebanyak merupakan satu penghargaan buat saya. Biarlah saya tiada gelaran, tetapi apa yang mereka fikir dan rasa untuk saya sangat-sangat bermakna,” tambahnya lagi.

Dapat Gelaran Datuk, Itu Rezeki

Namun begitu, pelakon filem Sembilu itu tidak menafikan bahawa sekiranya satu hari nanti dia dianugerahkan gelaran Datuk, ini akan dianggap sebagai satu rezeki yang amat disyukuri.

“Kalau dapat, saya anggap itu satu rezeki. Kalau ada rezeki Alhamdulillah. Kalau tiada, saya tetap teruskan hidup seperti biasa. Tak perlu nak rasa stres,” kata Erra dengan penuh ketenangan.

Terkini, wajah jelita Erra akan kembali menghiasi kaca televisyen setiap hujung minggu bermula September ini. Erra telah terpilih sebagai juri tetap dalam program Kilauan Emas musim baharu, yang memberi peluang kepada warga emas untuk mempamerkan bakat mereka.

Kredit gambar: Erra Fazira

Nadia

Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz – Rahsia Awet Muda & Kulit Sihat Sejak Remaja

Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…

11 bulan

Rutin Urut Wajah, Daripada Chubby Berubah Jadi V-Shape

Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…

11 bulan

Maintain Kecil Molek, Nora Danish Tak Memilih Bab Makan, Telur Pun Cukup!

Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…

11 bulan

Kurangkan Masalah Gelap Bawah Mata, Perlukan 2 Barang Sahaja Dan Hasilnya Wow!

Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…

11 bulan

Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos, Jangan Cuba Kalau Tak Nak Kulit Rosak

Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…

11 bulan

Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit, Senang Nak Pilih Baju Raya Nanti

Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…

11 bulan