Jangan Tanggal Mekap Pakai Tisu Basah, Ini Risikonya Pada Wajah!

Tidak dinafikan cara paling mudah untuk tanggal mekap untuk solat adalah dengan menggunakan tisu basah.

Sekali sapuan saja mekap sudah dibersihkan dan memudahkan untuk urusan cucian wajah.

Namun sebenarnya sikap ini boleh membawa padah kerana menggunakan tisu untuk mencuci wajah boleh cetuskan pelbagai kesan sampingan.

Amalan ini sangat tidak digalakkan kerana tisu basah tidak diformulasikan untuk menghilangan solekan dan mengekalkan kulit wajah yang sihat.

Menurut Dr Astrid Wulan Kusumoastuti, tisu basah biasa berlainan dengan ‘makeup remover’ yang biasanya mengandungi campuran minyak untuk menghilangkan solek dan kalis air.

Tekstur tisu basah juga boleh memberi kesan buruk kepada kulit jika digunakan terlalu kerap.

Dan inilah antara kesan buruk boleh berlaku pada kulit wajah jika kita menggunakan tisu basah untuk menanggalkan mekap.

1. Kulit Kering

Tisu basah mempunyai beberapa bahan kimia di dalamnya seperti alkohol dan bahan pengawet yang menjadikannya tahan lebih lama.

Dilaporkan oleh Life Health, bahan kimia yang terdapat di tisu basah juga dianggap berkesan untuk menghilangkan bakteria, kulat dan kuman lain.

Inilah yang menjadikan tisu basah kering dan kasar. Oleh itu, setiap kali menggunakan tisu basah untuk membersihkan wajah, cuci muka segera dengan sabun dan air.

2. Menjadikan Produk Penjagaan Kulit Muka Tidak Berkesan

Tisu basah mengandungi banyak bahan kimia yang dapat menghilangkan kesan produk penjagaan kulit.

Oleh itu, seseorang harus mengelakkan penggunaan tisu basah pada wajah semasa menggunakan produk penjagaan kulit.

 

3. Muncul Garis Halus

Satu lagi bahaya tisu basah untuk wajah adalah risiko mewujudkan garis halus pada wajah. Ini disebabkan oleh tekanan berlebihan yang muncul ketika menggunakannya.

Sekiranya digunakan secara berkala dan berulang kali, garis-garis halus di wajah akan muncul, terutama di kawasan mata. Selain daripada garis halus, keanjalan wajah juga berkurang, menjadikan kulit tampak kendur.

4. Kerengsaan Kulit

Sebilangan bahan kimia pada tisu basah juga boleh menyebabkan kerengsaan, terutama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Biasanya, kerengsaan akan dirasai dengan kemerahan yang muncul dan rasa kulit terbakar pada beberapa kawasan di wajah.

Sekiranya kerengsaan kulit berlaku, segera berhenti menggunakan tisu basah dan berjumpa doktor untuk menangani dengan betul.

5. Memudaratkan Kulit Di Sekitar Mata

Mata adalah bahagian yang sensitif. Menyapu wajah dengan tisu basah sebenarnya boleh menjengkelkan mata dan menjadikan kulit di bawah mata jadi lebih kendur. Kesannya, mata kelihatan lebih suram, hitam dan mengantuk.

6. Buruk Untuk Kesihatan Kulit Keseluruhan

Kerana tidak dapat menghilangkan kotoran secara optimum, tisu basah hanya menyebabkan masalah jerawat dan bintik hitam muncul.

Kotoran yang tertinggal dan tidak dibuang dengan baik akan meresap ke kulit dan menyebabkan jerawat dan bintik hitam.

Perkara terbaik adalah terus menggunakan air dan sabun untuk membersihkan wajah, terutamanya jika baru selesai melakukan aktiviti di luar.

Sekiranya anda mahu menggunakan tisu basah untuk wajah, pilihlah yang dirumus khas dan mempunyai bahan penghilang solekan.

Namun selepas itu, terus membersihkan wajah dengan sabun dan air. Pilihlah sabun mengikut jenis kulit.

Sumber: Klikdokter

Artikel Berkaitan:

Hasil Glass Skin Ala Gadis Korea, Wanita Ini Kongsi Rutin Penjagaan Wajah Untuk Kulit Kering & Sensitif!

Wajah Berparut Sejak Kecil Gara-Gara Tong Gas, Tapi Gadis Ini Tetap Yakin Muncul Di TikTok

3 Hari Mata Alami Bengkak & Gatal Teruk, Gadis Menyesal Pakai Contact Lens Murah

Siti Zurina Mat Saman

Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz – Rahsia Awet Muda & Kulit Sihat Sejak Remaja

Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…

11 bulan

Rutin Urut Wajah, Daripada Chubby Berubah Jadi V-Shape

Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…

11 bulan

Maintain Kecil Molek, Nora Danish Tak Memilih Bab Makan, Telur Pun Cukup!

Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…

11 bulan

Kurangkan Masalah Gelap Bawah Mata, Perlukan 2 Barang Sahaja Dan Hasilnya Wow!

Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…

11 bulan

Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos, Jangan Cuba Kalau Tak Nak Kulit Rosak

Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…

11 bulan

Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit, Senang Nak Pilih Baju Raya Nanti

Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…

11 bulan