Jangan Buang Uncang Teh Lepas Digunakan, Sangat Berguna Untuk Cantik Cara Bajet!

Share

Jangan buang uncang teh lepas anda guna buat air sebab benda ini boleh sambung untuk cantikkan kulit wajah.

Pelik namun inilah cara jimat yang anda boleh amalkan dalam kehidupan harian. Merujuk perkongsian  Puan No Or di laman Facebook, uncang teh sangat membantu dalam dunia kecantikan.

Jangan Buang Uncang Teh

Selepas buat teh, anda terus buang ke uncang tu?

Hah, rugi tau! Sebaiknya jangan terus buang sebab uncang teh ni masih boleh digunakan sebenarnya. Senang sesangat caranya.

1. Petua lembut dan haluskan tangan
– Keluarkan serbuk teh dari uncang.
– Lumurkan keseluruh tangan dan tapak tangan.
– Gosok perlahan-lahan selama 3-5 min.

2. Petua cerahkan kulit muka, hilangkan pori terbuka & hilangkan jerawat
– Uncang yang dah guna tu, korang bukak dan kuarkan serbuk teh tu.
– Lumurkan ke seluruh muka dan leher.
– Biarkan selama 15min. Kemudian bilas bersih.
– Boleh buat setiap hari, sampai dapat result yang anda nak.

3. Petua hilangkan mata panda (lebam di bawah mata) 
– Untuk petua ni korang perlukan 2 pcs uncang
– Sejukkan kat peti sejuk sekejap
– Lekapkan kat kelopak mata. (time ni korang kena pejam mata tau)
– Tunggu sampai hilang sejuk uncang tu

Senang kan nak cantik? Okey selamat mencuba. 

Artikel Berkaitan:

Terus Bertangas Walau Dah Sebulan Berpantang. Cara Ozlyn Jaga Badan Lepas Bersalin 6 Orang Anak!

Campuran Madu & Bawang Holland, Cara Alternatif Legakan Masalah Batuk & Mudahkan Buang Kahak

Letak Ais Guna Teknik Akupuntur. Boleh Legakan Sakit Kepala, Badan Rasa Ringan Bertenaga & Awet Muda!

IKLAN