Sepatutnya jaga kulit dari awal muda remaja kalau nak cantik dan sihat, itu anda wajib pegang dan turunkan ilmu pada anak-anak dara.
Jangan main pakai apa yang dijual kedai pula, ambil peduli tentang bahan-bahan yang ada juga. Barulah kulit cantik tanpa cela!
Seperti yang dikongsi oleh Puan Muna Mohammad
di laman media sosial, kalau tak mula jaga kulit daripada awal, agak susah nak dapat glass flawless skin ya.Ceritanya, “Saya pun selalu ada acne spots dan kadang kadang scars tu nak jadi pigmentation bila muka kerap sunburn.
“Kulit saya pun ada parut (tapi dalam skala kecil). Saya tutup parut dengan menggunakan lipmatte dan concelear Rimmel ni. Lipmatte, brand apa pun ok je cuma kena cari yang bewarna sedikit orange.”
Letakkan lipmatte kat kawasan berparut. Biarkan seminit, baru letakkan concelear kat atas kawasan yang telah diletakkan lipmatte tadi. Guna jari untuk sapuan. Biarkan dulu wajah dalam seminit lagi sebelum sapu foundation. Cara guna foundation adalah dengan teknik dab dab, bukan seretan. Boleh guna sponge basah atau jari, atau brush. Ikut suka mana yang selesa.
“Pada umur 40 tahun, saya lebih banyak fokus kepada rutin penjagaan kulit dengan baik, pelembap dan sunscreen adalah kewajipan jika nak elakkan pigmentation baru dan nak pudarkan pigmentation sedia ada.”
Tulisnya lagi.Selain memudarkan parut, pelembap dan sunscreen sangat bagus untuk elakkan kedutan di wajah dan kesan kesan penuaan yang ketara.
Hah, selepas ini boleh lah mula jaga kulit wajah ya, jangan dibiar tanpa pencuci, pelembap dan sunscreen kalau nak awet muda. Biar angka banyak tetapi wajah kurang kedut!