Perubahan cuaca yang panas dan kering menjadi punca kulit wajah kering dan kusam.
Sebagai wanita tidak kira yang mempunyai kerjaya atau menguruskan rumah tangga sudah pastu mahu kulit yang sihat dan cantik.
Oleh itu, sebagai wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit, perlu mencari inisiatif untuk mengembalikan keserian dan keremajaan kulit.
Barulah keyakinan diri semakin meningkat dan tidak kekok berjumpa dengan orang ramai.
Masalah yang sering menghantui wanita adalah kulit yang terlalu kering sehingga mempercepatkan tanda-tanda penuaan.
Ini adalah akibat kekurangan air pada lapisan luar kulit yang dipanggil epidermis. Selain itu, semakin usia meningkat kandungan air di bawah lapisan kulit semakin berkurangan. Faktor usia ini mempercepatkan lagi proses penuaan kulit.
Kombinasi perubahan cuaca dan peningkatan usia ini turut merangsang pengurangan kandungan minyak di bawah kulit.
Kulit akan berubah menjadi tidak anjal andai tidak dipelihara dengan sempurna. Bukan sahaja bahagian kulit wajah sahaja yang perlu dipelihara malah turut perlu diberi perhatian seperti kulit lengan, tangan dan bahagian bawah kaki yang terdedah kepada kulit yang kering.
Justeru, tindakan mengubah keseimbangan semula jadi ini tidak wajar dilakukan. Lambakan bahan pelembap di bawah kulit akan mengakibatkan ketidakseimbangan hidrasi yang ekstrem seperti keadaan penghidratan keterlaluan. Ini mungkin punca yang merangsang kulit kedut dalam jangka masa yang panjang.
Kulit di sekitar mata sangat sensitif dan merangsang kepada masalah lingkaran hitam dan kedut. Guna ibu jari dan jari telunjuk, cubit dengan perlahan-lahan penuh hati-hati di daerah kulit bawah mata kemudian lepaskan. Tingkat hidrat dan keanjalan kulit bergantung berapa cepat kulit yang dicubit tadi kembali kepada bentul asal.
Cara untuk mengenalpasti keanjalan kulit adalah dengan menekan di bahagian tulang pipi untuk merasakan berapa banyak kolagen yang dimiliki kulit dengan memerhatikan garis-garis halus di permukaan kulit ketika kulit ditekan. Jika terdapat banyak garis halus bermakna kulit mengalami dehidrat dan perlukan rawatan.
Mulut juga adalah daerah penting yang perlu dipelihara dengan teliti. Cara yang boleh dilakukan untuk menguji keanjalan kulit adalah dengan membuat ekspresi sedih iaitu dengan menggembungkan pipi sehinggi bibir seperti mencebik.
Perhatikan kulit di sekitar mulut ketika mengembalikan kepada keadaan asal. Adakah terdapat banyak garishalus yang terbentuk? Jika benar boleh menambahkan pelembap agar keanjalan kulit terus terpelihara.
Artikel Berkaitan:
Elak 7 Kesalahan Ini Bila Pakai Bra. Ambil Tahu & Ubah Supaya Selesa Memakainya, Bukan Menyakitkan!
Elak Mekap Comot Waktu Berpeluh, Ini Tipnya Kekal Cantik Walaupun Bawah Matahari!