Tak susah pun nak dapatkan kulit glowing, yang penting jangan pilih jalan pintas dengan menggunakan produk merkuri yang akhirnya buat kulit muka rosak teruk.
Ini ada beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sendiri dengan hanya menggunakan bahan-bahan alami yang ada di rumah. Kira jimat dan selamat!
Amalkan minum segelas jus lemon bagi membantu menyingkirkan toksin, jadi anda cuba elakkan minuman yang ada kafein.
Badan kita memerlukan vitamin C untuk menghasilkan kolagen, sejenis protein yang baik untuk kulit.Air pula penting untuk membuatkan badan kekal terhidrat. Jika kita minum air yang cukup, kulit akan jadi lebih lembap dan sihat. Pengambilan air yang kurang akan buatkan wajah menjadi kering dan lesu. Anda perlu minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Sebagai permulaan, cuba amalkan minum air lemon suam ketika anda baru bangun tidur.
Sapukan perlahan-lahan campuran madu serta lemon ke wajah biar selama 10 minit dan bilas.
Campurkan minyak kelapa serta madu, sapukan pada muka dan biar selama 15 minit sebelum dibersihkan dengan air suam.
Sapukan campuran strawberi yang telah dilecek bersama beberapa titik madu ke muka dan selepas 20 minit bilas dengan air sejuk.
Campurkan yogurt, madu serta pisang lecek kemudian sapukan ke muka dan bilas selepas 15 minit.
Rendam kapas muka di dalam jus nanas segar, kemudian sapukan dimuka dan biar kering sebelum dibersihkan.
Selain memperbaiki punca-punca masalah kulit, petua-petua ini juga boleh kulit anda cantik secara semula jadi tanpa perlu mekap tebal.
Cara lain yang kita boleh lakukan adalah menambah rutin penjagaan wajah supaya kulit lebih flawless serta glowing adalah dengan memakai skincare yang selamat dan berkesan.
Belajar ambil tahu bahan-bahan yang selamat untuk kulit wajah dan elakkan yang ada racun dalam produk!