Orang dulu-dulu lebih suka pakai inai homemade, ramai-ramai pakat berinai tiap kali cuti sekolah. Hasilnya merah menyala kalau kena gayanya, tak perlu pun beli di kedai.
Apa yang seronok, warnanya itu memang merah mahal. Bukan jenis cepat hilang. Haaa… kalau anda teringin nak buat sendirim boleh tengok cara buat inai homemade daripada Puan Rosdiana Dian ini.
Inai Homemade
Hi semua. Mak nak share inai homemade yang mak buat siang tadi. Sebenarnya anda boleh juga tanya pakcik Google. Cuma, resepi ni mak dapat daripada kawan mak. Mungkin lain orang lain bahannya, modal tak sampai 3 ringgit.
1. KAPUR SIREH/ KAPUR MAKAN TU
Ini paling utama. Tak ada ni maka pewarna tak boleh serap dalam kuku. (Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet saja, jangan banyak-banyak takut panas. Nanti sakit pulak kuku tu mak tak jamin.
Haaa.. agak-agak gini laaa sukatan kapur sireh tu tadi, jangan banyak sangat kang lain jadinya.
2. SABUN MANDI YANG JENIS KETUL/ BUKU
(Sukatan 2cm persegi). #Atau, sabun axion pun buleh.
Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dlm Sukatan 1 sudu besar).
3. PEWARNA MAKANAN WARNA CERI MERAH
Ini lah pewarna makanan yang mak pakai. Pewarna Ceri Merah cap bunga Rose. Harga dalam rm2.50. Ada juga yang pakai sirap. Ikut lah nak warna apa pun, oren, purple, hijau, coklat ke hitam ke. Siapa berani nak kuku kaler-kaler leh cuba. Jangan yang kordial tau, lain jadinya karang. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan.
CARA-CARA BANCUHAN:
1. Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Jangan campur air tau.
Kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30minit, ala-ala kering. Cuci bersih-bersih.
Ini hasilnya, dapat satu tupperware kecil.
Apa yang best, inai macam ini tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong. Lagi satu, yang paling penting boleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku.
Selamat mencuba.