Kaki adalah antara anggota badan yang paling banyak kita gunakan dalam setiap pergerakan.
Justeru bahagian ini terutama tumit kaki akan senang untuk mengalami masalah merekah.
Terutama jika kerap memakai kasut yang tidak sesuai. Lebih teruk jika tempt merekah ini mula berdarah dan lebih parah boleh menyebabkan terkena jangkitan bakteria.
Perkongsian wanita ini Siti Nurshafika Amran di laman sosial Facebook memberi petua semulajadi mengatasi masalah tumit merekah ini.
Jangan pandang rendahpada tumit merekah. Tumit pun ada hak nak melawa, bergojes, ada skin halus mulus bak muka flawlesss jugak.
Yer korang, nampak tua bukan je pada paras rupa! Orang tengok kaki pun boleh kata kita tua.
Bukan seorang je tapi ramai yang tegur kaki sudah macam orang tua padahal umur baru 26. Memang malu sungguh!
Jadi berlapang dada nak share tips basmi masalah tumit merekah hanya guna barang kat dapur je.
Mudah dan senang. anak-anak tido mommy-mommy boleh la belai-belai bahagian tumit
Bahan-bahan:
– Limau nipis boleh jugak guna lemon
– Garam
– Berus gigi murah guna bulu yang kasar
– Lepas limau dah lunyai gunakan berus pulak
Kaki Sebelum
Kaki Selepas Berus
Cara Buatnya:
Artikel Berkaitan:
Selain Cantikkan Punggung, Ini Antara Kelebihan Squats Patut Buat Secara Konsisten
Cantikkan Kuku & Licinkan Tumit, Antara Kelebihan Lain Jeli Petroleum Yang Ramai Tak Tahu
Kongsi Rahsia Cantik Wanita Seluruh Dunia. Pilih Petua Tradisional Untuk Penjagaan Dalaman & Luaran!