Kecantikan

Hilangkan Kulit Hangus Berjemur, Sapu 30 Minit Pun Dah Membantu

Share

Nak hilangkan kulit hangus berjemur kena usaha keras pakai produk banyak step atau mungkin anda boleh cuba petua tradisional yang jimat tetapi berkesan.

Apa yang best, kesannya dapat dilihat hanya dalam masa tiga hari sahaja. Boleh juga untuk merawat jerawat baru.

Hilangkan Kulit Hangus

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu kecil minyak Zaitun
  • 2 hirisan air lemon
  • 2 sudu besar bedak sejuk

CARA-CARA:

  1. Campurkan semua bahan.

2. Boleh letak sedikit air jika pekat.

3. Gaul sebati.

4. Bersihkan wajah dan sapukan masker tersebut pada seluruh kulit wajah.

5. Biarkan 30 minit atau semalaman. Bilas dan basuh dengan pencuci muka.

Bedak sejuk menyegarkan kulit dan menghilangkan parut. Lemon pula membantu mencerahkan kulit dan minyak zaitun memberikan kelembapan pada kulit wajah.

Kulit wajah akan rasa sejuk dan kembali normal. Untuk parut amalkan secara konsisten dan anda akan lihat hasil yang menakjubkan.

Sumber kredit: Iryani Zaki

IKLAN