Kecantikan

Hati-hati Dengan Produk Mesra Wuduk, Terutamanya Bila Pakai Sunscreen!

Share

Sebagai wanita muslimah, mestilah nak cari produk mesra wuduk. Senang nak solat dan tak perlu double cleansing waktu keluar berjalan ke mana-mana.

Namun anda kena hati-hati sebab ada banyak produk kosmetik serta penjagaan kulit wajah di pasaran ketika ini dilabel mesra wuduk, bertujuan menarik perhatian wanita Muslim.

Hati-hati Dengan Produk Mesra Wuduk

Jadi situasi ini menarik perhatian seorang bekas jurutera kimia, Sarini Zainal yang menyuarakan kebimbangannya terhadap sikap segelintir pengasas yang ghairah mendakwa produk masing-masing, sebagai contoh, produk pelindung matahari (sunscreen), sebagai mesra wuduk.

“Keghairahan semua nak claim sunscreen tu ‘mesra wuduk’ sekarang sangatlah menakutkan.

“Bila baca ingredients pun dah tahu, ini tak larut air ni. Dengan silicone, oil content semua lagi.

“Pesan saya, hati-hati. Kalau tak bersih wuduk orang, anda yang menanggungnya tau,” tulisnya dalam satu ciapan.

Perlu Semak Sebelum Pakai

Sarini dalam pada itu menerangkan, dalam penghasilan produk pelindung sinaran matahari mesra wuduk (easy wash), terdapat dua bahagian penting yang perlu diberi perhatian.

Bahagian pertama adalah ia sememangnya dihasilkan untuk tujuan mesra wuduk, bermakna dari awal proses, bahan-bahan yang digunakan adalah larut air dan melibatkan teknologi tertentu jika perlu.

Bahagian kedua pula adalah ujian pengguna.

“First part in formulation adalah paling penting. Sebab apa, ia boleh dimanipulasi oleh banyak faktor. Nak buat suka-suka di rumah tu okay tapi tetap kena tengok production claim dan what happened in lab.

“Kebelakangan ini sunscreen water resistant pun kata mesra wuduk. Especially jenama China. Mereka punya market bukan ‘mesra wuduk’ dan mostly untuk kekal lebih lama atas kulit.

“Tiba-tiba datang influencer kata ‘bestnya dah ada sunscreen mesra wuduk’. Buka paid ads sampai 100k views. Bayangkan betapa mengecewakan semua ni,” tulisnya yang juga pengasas sebuah jenama penjagaan kulit.

Produk Kosmetik Yang Elok

Sebagai maklumat tambahan, menerusi penerangan di laman Mufti Wilayah Persekutuan, kosmetik atau produk mesra wuduk memiliki dua ciri berikut iaitu:

1) Produk kosmetik yang mudah ditanggalkan agar tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit.

2) Produk kosmetik yang telap air yakni tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit, seperti minyak zaitun dan warna inai.

“Secara ringkas, kami tegaskan haram berdandan dengan tujuan menunjukkan kecantikan kepada lelaki asing, menggunakan bahan yang bernajis, atau berbahaya untuk kesihatan, tanpa kebenaran suami, dan mengubah ciptaan Allah.

“Ada pun jika berdandan untuk suami, menggunakan bahan yang suci, tidak berbahaya, dan tidak mengubah ciptaan Allah, maka hukumnya harus,” jelasnya.

Published by
Nadia