Guna Masker Putih Telur, Rahsia Kulit Nabila Razali Lebih Anjal & Awet Muda Di Usia 30 Tahun

Share

Guna Masker Putih Telur, Rahsia Kulit Nabila Razali Lebih Anjal & Awet Muda Di Usia 30 Tahun. Semalam merupakan hari lahir yang ke 30 buat penyanyi Nabila Razali. Walaupun sudah melangkah ke 3 series, namun raut wajah penyanyi ini masih seperti budak sekolah menengah.

Seiring dengan pertambahan usia, Nabila dikenali sebagai seorang artis yang sangat menjaga penampilan diri terutama bab kecantikan wajah.

Biarpun gaya hidup lebih kepada unsur moden, tetapi rupanya penyanyi lagi ini lebih selesa memilih petua lama untuk kecantikan wajah yang nampak lebih glowing dan anjal serta awet muda.

Guna Masker Putih Telur, Rahsia Kulit Nabila Razali

Artikel Lain: Dulu Selamba Makan 80 Biji Cili Sekaligus. Nak Jaga Suara, Nabila Razali Tahan Nafsu Makan Pedas!

Menurut Nabila, dia rajin mengamalkan pemakaian putih telur sebagai masker. Petua ini yang telah lama diamalkan dan dipercayai dari perkongsian orang lama.

Pengambilan putih telur yang diambil untuk dijadikan masker pada kulit dan kemudiannya dibiarkan selama 5 minit sebelum dibasuh bersih.

Lebih Anjal & Awet Muda Di Usia 30 Tahun

Setelah dicuci, akan terlihat hasilnya kulit menjadi lebih anjal, awet muda dan lebih berseri. Tambah Nabila lagi, biasanya dia akan mengamalkan pemakaian masker putih telur ini tiga kali seminggu.

Selain itu bagi memastikan dirinya kkal sihat dan bertenaga, Nabila juga akan memastikan dia minum air masak secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Sumber: HIJABISTA

Artikel Lain: Tak Mekap & Pakai Bawal Je Pun Cantik. Ini Rupanya Rahsia Fit & Awet Muda Nurul Izzah Di Usia 40an!

Published by
Siti Zurina Mat Saman