Kecantikan

Guna Gel Aloe Vera Untuk Cantikkan Kulit, Cukup Senang dan Berkesan!

Share

Ini cara macam mana nak guna gel aloe vera untuk cantikkan kulit, banyak sangat hacksyang anda patut tahu sebenarnya.

Okay, pastikan anda ada aloe vera di rumah, kemudian ikut cara saudari Aliah Jennie jadikan rutin kecantikan untuk dapatkan kulit wajah yang sihat tanpa mekap.

Guna Gel Aloe Vera

1. Gel ini boleh dijadikan sebagai pelembab kulit. Seperti yang kita tau aloe vera memang akan melembabkan kulit. Sesuai untuk anda yang berkuli kering.

2. Apa yang best anda boleh sapu kat mana-mana bahagian badan seperti siku, tapak kaki, tumit yang merekah, lengan dan lain-lain lagi untuk mengekalkan kelembapan kulit.

3. Boleh juga dijadikan sebagai shaving gel. Cara ini boleh mengelakkan daripada kulit iritasi selepas bercukur. Sebab aloe vera ada cooling effect, jadi boleh membuatkan kulit rasa fresh dan tak rasa sakit atau gatal selepas bercukur.

4. Aloe vera gel juga boleh dijadikan sebagai moisturizer atau pelembab dalam skincare routine anda.

5. Kemudian aloe vera gel juga boleh melembutkan rambut. Campurkan aloe vera gel dengan shampu dan gosok pada rambut seperti biasa dan rambut akan rasa lembut dan sihat.

Haaa… dapat sesuatu? Nanti kalau anda ada pokoknya pun bagus, jimat tak perlu beli aloe vera. Masukkan dalam bekas dan jadikan rutin macam yang diajar waniat ini. Pun boleh!

IKLAN