Luka parut, jerawat dan juga parut-parut lain sebenarnya boleh dirawat tanpa menggunakan produk kecantikan. Hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi sahaja untuk hilangkan parut, cara ini juga boleh membuatkan kulit anda lebih cantik dan segar.
PETUA MENGHILANGKAN PARUT DENGAN BERKESAN TANPA PRODUK
Selain parut luka, anda juga boleh menggunakannya untuk memudarkan parut jerawat pada muka.
Potong buah lemon kepada dua bahagian. Sapu pada parut sambil itu picit sedikit demi sedikit hingga keluar jusnya.
Lemon berfungsi sebagai peluntur semula jadi, menjadikannya bahan efektif untuk menghilangkan sebarang kesan parut.
Untuk kesan lebih bagus, minum jus lemon tanpa gula dua kali sehari selama 15 hari.
Titiskan sedikit minyak pada jari dan urut perlahan-lahan pada parut. Lakukan dua kali sehari.
Minyak ini biasanya digunakan dalam industri kosmetik terutamanya krim penghilang parut.
Ambil kiub ais dan lakukan pada parut.
Lakukan sekerap mungkin.
Potong daunnya dan picit sehingga keluar cairan.
Ambil dan sapukan pada parut.
Letak sedikit madu pada parut dan urut perlahan-lahan.
Biarkan kering baru dibilas.
Campurkan sedikit air mawar (rosewater) atau susu pada serbuk sandalwood dan sapukan pada parut perlahan-lahan.
Biarkan selama sejam dan bilas dengan air sejuk.
Hiris kentang mentah dan sapukan pada parut.
Sebaik sahaja luka kecil terus sembuh, cepat-cepat sapu minyak kelapa. Parut akan mudah hilang..
Titis sedikit minyak zaitun pada jari dan sapu di parut. Lakukan setiap hari untuk kesan yang segera.
Seperti kentang, hiris timun dan sapukan jusnya pada parut.
Hiris tomato dan tekap pada parut.
Ambil lima sudu soda bikarbonat dan campur sedikit air untuk jadikan pes. Sapu pada parut dan lakukan tiga kali seminggu.
*TIDAK SECEPAT BAHAN KIMIA*
Bahan semula jadi biasanya mengambil masa yang lama untuk menghilangkan kesan parut namun ia dijamin selamat untuk semua jenis kulit sekali gus tidak merosakkan kulit.
Bukan itu saja, petua menghilangkan parut di atas ini juga menggunakan bahan yang mudah didapati, murah, selamat, dan tiada kesan sampingan.
Kredit petua dan kesihatan