Kalau nak tahu, guna air beras adalah salah satu rahsia kulit orang Korea jadi sihat dan cantik. Bukan hanya buat kulit cerah dan bersih tetapi juga awet muda. Best, bukan?
Disebabkan ada banyak kemunculan produk penjagaan kecantikan bebas toksin kebelakangan ini, orang ramai kini beralih menggunakan air beras untuk pemutihan kulit.
Trend ini adalah kemunculan semula yang besar sebagai penyelesaian yang mudah dan selamat untuk pelbagai isu penjagaan kulit.
Air beras ialah kanji yang tertinggal selepas beras direndam dalam air. Air ini paling bermanfaat untuk kulit dan rambut kerana mempunyai bahan kandungan semual jadi yang tinggi khasiat seperti inositol dan asid ferulik.
Inositol, atau vitamin B8, adalah gula semulajadi. Cukup membantu menjadikan kulit lebih anjal, mengurangkan rembesan sebum, dan mengurangkan pelbagai tanda penuaan. Asid Ferulik pula merupakan antioksidan yang hebat seperti vitamin C dan E.
Ini sangat sesuai untuk melawan kerosakan radikal bebas berbahaya dalam sel, sekali gus menjadikan kulit kekal muda.
‘Inositol sangat baik untuk persekitaran rambut dan kulit kepala. Banyak kajian telah mengesahkan bahawa inositol boleh menembusi dan membaiki rambut yang rosak juga.’
Ini lima manfaat air beras yang paling efektif dan bagaimana anda boleh menggunakannya dirumah. Kaya dengan banyak nutrien seperti vitamin, serat dan magnesium yang membantu menyuburkan sel kulit. Penggunaan biasa boleh membantu anda mempunyai penampilan yang berseri dan sihat.
Orang yang tinggal di Asia Tenggara terkenal dengan kulit mereka yang sempurna seperti kaca bersinar. Kebanyakan pakar penjagaan kulit percaya bahawa air beras pada rawatan muka memberi manfaat kepada kesan pemutihan dan pencerahan kulit kerana sumber vitamin dan antioksidan yang baik.
Air putih susu ini juga membantu pengelupasan kulit secara semula jadi dan lembut menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan kulit wajah.
Penggunaan air beras mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus. Kaya dengan antioksidan yang mengurangkan elastase yang menyebabkan penuaan pramatang pada kulit.
Jadi anda boleh menggunakan air beras sebagai penyelesaian untuk mengurangkan garis halus, tanda penuaan, dan bintik hitam serta melambatkan proses penuaan.
Biasanya ada yang alami kulit ‘hangus’ disebabkan berjemur terlalu lama di luar, air beras ini akan jadi’ubatnya’. Jadi jangan risau! Malah berfungsi dengan baik untuk mengurangkan keradangan, kegatalan, dan kemerahan.
Penggunaannya yang kerap akan membantu anda mengurangkan bintik-bintik gelap dan bintik matahari. Tetapi bukan lah sampai jadi pelindung UV macam guna SPF 30 ketika berjemur di tengah panas.
Kanji beras membantu memulihkan kulit sambil menguatkan dinding wajah secara semula jadi terhadap tekanan persekitaran. Penggunaan air beras secara kerap membantu merawat jerawat dan melindunginya daripada pencemaran dan mengelakkan risiko keadaan kulit seperti dermatitis.
Jadi kalau rasa tak mampu sangat nak beli set penjagaan kulit, cuba lah beralih guna air beras. Mana tahu, kesannya elok dan serasi untuk anda amalkan setiap minggu. Sekurang-kurangnya jimat poket tapi kulit maintain sihat!