Selain wajah, penjagaan bahagian perut juga sangat dititik beratkan. Namun, bahagian ini paling sukar untuk menjadi ‘flat’ disebabkan lemak degil terkumpul di situ.
Tidak perlu menggunakan sebarang produk, anda sebenarnya boleh cuba petua tradisional untuk mengempiskan perut terutama bagi mereka yang baru lepas alami pembedahan bersalin.
PETUA KEMPIS PERUT UNTUK BERSALIN CEASER
Yang bukan lepas bersalin tapi perut buncit pon boleh try tau. 2 minggu dah boleh nampak kesan dah, pecahkan lemak degil sebab ada lada hitam..
Bahan2 :
– Halia 3cm (lebih kurang besar ibu jari)
– Halba 3 sudu besar
– Lada hitam 1 sudu kecik (lebih kurang 15biji)
– Bawang putih 3 ulas
Cara buat :
1. Tumbuk halba sampai hancur, masukkan lada hitam pulak. Lepas tu halia, last sekali bawang putih. Tumbuk sampai hancur.
2. Dah lumat, gentel bulat-bulat. Lepas itu keringkan dalam 30 minit. Tak payah jemur tempat panas. SIAP !
** Simpan dalam bekas kedap udara
** 1 adunan ni tahan seminggu
– Tak rasa apa pun bila makan, telan saja.
– Selepas itu tunggulah, asyik kentut dan sendawa.
Cara makan :
1. Makan 2 biji – 4 biji setiap hari ikut ketahanan badan.
2. Sesuai sangat untuk bersalin cser sebab angin banyak dalam badan.
Info Tambahan
– Ibu menyusu boleh amalkan kalau anak tahan
– Ibu mengandung TAK BOLEH.
– Fungsinya untuk kempis perut, buang angin. Pecahkan lemak degil.
– Ibu bersalin normal boleh, tapi kebiasaanya yang czer perut buncit lebih sikit kan.
– Lelaki dan perempuan yang banyak angin dalam badan.
Jangan lupa SHARE !
Follow IG : pakarhamil_malaysia
Nur Afiqah
Sumber: Kelab Pakar Hamil
Artikel Berkaitan:
Rahsia Perut Kempis Guna 3 Bahan Dapur. Selain Buang Lemak, Boleh Kurangkan Selera Makan!
“Jangan Gelojoh Makan, Tip Elak Kembung Perut Lepas Berbuka Puasa” – Dr Zubaidi
Lepas Habis Pantang Perut Nampak ‘Flat’. Scha Alyahya Dedah Rahsianya Amal Menyusu Badan!