Gosok Gigi Pun Mulut Masih Berbau, Ini 6 Makanan Boleh Ambil Untuk Hilangkan Mulut Berbau

Share

Tidak dinafikan kita akan jadi kurang selesa jika orang di sebelah mempunyai mulut yang berbau.

Terutamanya apabila setelah makan bawang atau petai yang meninggalkan bau tidak menyenangkan. Hendak ditegur bimbang membuat rakan sebelah terasa.

Sebenarnya selain menggosok gigi atau menggunakan pembersih mulut, ada lagi beberapa jenis makanan boleh membantu hilangkan bau mulut ini.

1.Makan Epal

Epal adalah buah yang cukup baik bagi mengatasi masalah bau mulut. Ini kerana epal mengandungi polifenol yang dapat memecahkan senyawa penyebab bau mulut. Tidak hanya itu, epal juga mampu membantu mengeluarkan sisa makanan yang tersekat di celah gigi.

 

2. Pilih Sayuran Hijau

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi dan kangkung sangat bagus untuk melawan bau mulut. Tiga jenis sayuran tersebut dapat membantu menyeimbangkan tingkat pH yang pada akhirnya membantu mencegah mulut daripada kering. Ini kerana mulut kering adalah salah satu sebab penyebab mulut berbau.

3. Kayu Manis

Kayu manis mengandungi minyak esensial yang terbukti memiliki kemampuan melawan bau mulut dengan membunuh bakteria yang mungkin berada di dalam mulut kita.

4. Ambil Timun

Timun cukup kaya dengan kandungan air yang mampu menghilangkan bau mulut. Air timun dapat mencegah mulut kering dan membersihkan sisa makanan yang mungkin terselit di celah gigi selepas makan. Jika tak suka timun, boleh gantikan dengan batang saderi yang memberi kesan sama.

5. Sentiasa Minum Air Putih

Air putih membantu menghasilkan air liur dalam membersihkan sisa makanan dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat dalam mulut. Apatah lagi, air putih cukup baik untuk kesihatan secara keseluruhannya.

6. Amal Minum  Air Lemon Setiap Pagi

Pada waktu pagi, biasanya mulut akan mengeluarkan bau kurang enak. Bagi mengatasinya minum air lemon pada waktu pagi. Air lemon dapat merangsang produksi air liur sehingga masalah bau mulut hilang.

Artikel Berkaitan:

Selain Rajin Buat Senaman Kardio, Gadis Ini Kongsi Tip Berjaya Kurus & Langsing Tanpa Tinggalkan Nasi

Wanita Ini Kongsi 16 Barangan Peribadi Patut Bawa, Jika Positif Covid-19 & Jalani Kuarantin Di MAEPS

Published by
Siti Zurina Mat Saman