Cantik walau tanpa sebarang mekap, Gigi Hadid tak kedekut kongsi tip penjagaan wajah untuk peminatnya.
Melihat Gigi Hadid berjalan di pentas peragaan atau di halaman majalah fesyen, kita selalu memikirkan yang dia menjaga penampilan wajahnya dengan memakai jenama produk high end yang mencecah ratusan hingga ribuan Ringgit.
Namun sebaliknya, Gigi berkongsi kepada Vogue mengenai cara penjagaan wajahnya yang tidak memerlukan kos yang tinggi.
“Bila bercakap tentang penjagaan wajah, saya selalu akan kembali kepada produk drugstore. Saya selalu ingin produk yang bagus namun mampu milik Saya rela menjaga kulit sendiri, belajar cara yang betul dan tidak memerlukan pakar facial.
“Semasa saya sedang mengandung, saya lebih tertarik dengan produk pembersih yang natural.
“Kini setelah memasuki musim sejuk di sini, saya lebih gemarkan produk bertekstur lebih tebal kerana kulit saya mudah kering,” jelasnya.
Apa yang menarik, 5 jenis produk yang dikongsikan oleh Gigi ini boleh didapati di drugstore dan stor kecantikan di Malaysia.
Jom tengok apakah jenama pilihan model terkenal ini.
“Saya mula menggunakan pelembap muka ini dan amat menyukainya.”
Harga : RM85
Beli Di : Sephora
“Saya memang gemar untuk exfoliate muka sejak sekolah menengah lagi. Saya amat sukakannya dan masih gunakannya sehingga sekarang.”
Harga : RM21.60
Beli Di : Guardian
“Bila-bila masa saya memakai mekap, baru pulang dari penggambaran yang memerlukan saya memakai mekap tebal, saya akan gunakan Cetaphil kerana saya rasa benar-benar membersihkan kulit dengan baik.”
Harga : RM35.70
Beli Di : Guardian
“Ini kedengaran agak pelik, tapi ibu saya yang mengajarnya. Saya akan meletakkan ubat gigi pada bahagian muka yang ‘naik’ bintik-bintik gatal jika terlalu kerap memakai mekap. Ini akan mengeringkannya dengan pantas.”
.
“Saya akan memakai lip balm sebelum mula bermekap. Jika kita biarkan lip balm untuk 10-20 minit semasa menyiapkan solekan pada bahagian lain, ia akan memberikan tekstur yang lebih sihat kepada bibir sebelum kita memakai gincu atau lipgloss.
“Saya juga akan gunakan 101 Oitment ini di bahagian muka lain yang terasa kering terutamanya di bahagian kening.”
Harga : RM88
Selain daripada empat jenis produk yang disebutkan tadi, Gigi turut berkongsi beberapa lagi produk yang digemari olehnya dan ada dijual secara atas talian. Cuma mungkin harganya agak mahal sikit.
Salah satu daripada termasuklah Oliveda yang merupakan jenama yang menggunakan kelebihan ekstrak pokok zaitun dan ia menawarkan pelbagai jenis produk seperti pembersih muka, pelembap muka dan minyak. Beli Di
: ShopeeGigi juga menggemari jenama Odacite bagi menangani kulit yang betul-betul kering. “Ini adalah botol baru kerana saya kerap menggunakannya.” Beli Di : Lazada
Apabila berkongsi mengenai soal mekap pula, Gigi turut menggemari beberapa jenama drugstore seperti Maybelline di mana dia juga merupakan duta bagi jenama tersebut. Anttara produkk Maybelline yang digemari oleh Gigi adalah foundation, pensil kening dan powder.
Haa… anda ada tak produk penjagaan yang sama seperti Gigi? Nak kulit cantik memang kena labur duit dan usaha keras, ya!
Tonton video penuh Gigi Hadid bersama Vogue di bawah:
Kredit video: Vouge