Siapa tidak mengenali penyanyi jelita Wany Hasrita. Walaupun mempunyai seraut wajah lembut tetapi siapa sangka selain aktif di pentas nyanyian, gadis ini juga sangat sukakan aktivit lasak terutama dalam bidang pemotoran apabila terbabit dalam aktiviti lumba kereta di litar.
Oleh kerana sering terdedah dengan sinaran ultaungu penyanyi lagu Menahan Rindu ini berkongsi tip untuk memastikan kulit wajahnya kekal bersih dan mulus serta penjagaan kesihatan badan.
Wany Hasrita Pastikan Buang Solekan Sebelum Tidur
Walaupun letih dan pulang larut malam dek kerana memenuhi jadual aktiviti pentas seni, rejim penjagaan wajah lazimnya, sebaik sahaja tiba di rumah sebelum tidur Wany akan memastikan kulit wajahnya bebas daripada sebarang kotoran dan tampalan solekan.
“Langkah tersebut harus dititikberatkan bagi mengelakkan kondisi kulit wajah rosak memandangkan alat kosmetik mengandungi pelbagai bahan.
“Selepas menanggalkan solekan menggunakan makeup remover, saya akan membersihkan wajah dengan pencuci muka mengikut jenis kulit.
“Kemudian, disusuli pula toner (penyegar) untuk membuang lebihan minyak ataupun kotoran yang tertinggal pada kulit wajah termasuk mengecilkan pori-pori.
“Langkah seterusnya, menyapu lembut serum dan krim pelembap bagi mengembalikan kelembapan kulit wajah serta krim malam.
Pakai Krim Pelembap & Krim Pelindung Sinaran Matahari Pada Waktu Siang
“Pun begitu, pada sebelah siang, selepas memakai krim pelembap, saya akan mengoles krim pelindung sinaran matahari sebelum keluar rumah sama ada untuk bekerja ataupun beriadah.
“Sebelum melangkah keluar rumah wanita mengoles krim pelembap dan krim pelindung sinaran matahari untuk melindungi kondisi kulit wajah.
“Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan krim pelindung sinaran UV amat penting dalam rutin penjagaan kulit wajah. Disebabkan itu, kita sentiasa disarankan mengaplikasi krim tersebut seawal usia remaja.
“Saya pula beranggapan telah terlambat kerana apabila menginjak usia 27 tahun, barulah mempunyai kesedaran untuk memakai krim sinaran UV. Ikut kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
“Jangan sesekali membiarkan wajah berterusan terdedah kepada cahaya matahari tanpa pelindung kerana ia akan merosakkan kulit muka. Selain penuaan dan kanser kulit, sinaran UV yang menembusi jauh ke dalam kulit juga boleh menyebabkan berlakunya masalah jeragat.
“Perkara sedemikian turut berlaku kepada ibu, Norita Jaafar yang terpaksa mengambil masa lama untuk menangani masalah jeragat,” terang Wany.
Dalam pada itu, perlu diingatkan, pemakaian krim sinaran UV bukan bersifat sekali sahaja iaitu oles pada sebelah siang dan berkekalan hingga malam. Krim tersebut harus diaplikasi dari masa ke masa.
“Misalnya, saya akan oles sekitar jam 8 pagi. Selepas menunaikan solat Zuhur dan Asar, maka saya akan ulang rutin penjagaan wajah yang sama seperti memakai toner, serum, krim pelembap dan krim sinaran UV.
Sebagai seorang wanita, pelbagai cara dilakukan untuk memastikan kulit wajah sentiasa tampil berseri, glowing dan tidak kusam.
Ini bagi mengelak masalah cela seperti kulit wajah berjerawat hingga boleh hilangkan keyakinan diri.
Tidak perlu produk mahal sebaliknya hanya guna satu produk dari bahan dapur saja mampu melempabkan kulit wajah anda.
Perkongsian dari Iza Abu Bakar memberitahu petua yang sering diamalkannya.
PETUA MELEMBAPKAN KULITTDENGAN SATU BAHAN DAPUR JE
Untuk mengelakkan kuulit dari kusam dan berjerawat, kuulit kena la sentiasa lembap. Jadii untuk mengekalkan kelembapan kuulit kita boleh terai kekdah ni .
BAHAN BAHAN
Mayonis
CARA CARANYA
1. Korang hanya perlu sapukan mayonis pada bahagian kuulit yang kering dan biarkan ia meresap ke dalam kuulit dalam masa 10 – 15 minit.
2. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih dan lapkan.
3. Kandungan utama mayonis yang terdiri daripada cuka, minyak sayuran dan telur. Sebab tu mayonis ni ia kaya dengan bahan pelembap.
4. Mayonis juga boleh digunakan sebagai pengganti losyen dan korang boleh sapukan pada bahagian badan lain seperti siku, lutut dan kaki.
Tumit kaki merekah, kaki berbau masam atau kulit kering, anda boleh buat guna cara ini. Kalau ikutkan memang orang dulu-dulu pun biasa amalkan waktu nak mandi dan cukup berkesan kalau anda rajin buat.
Menurut Puan Jijah Ayop dia hanya menggunakan dua bahan sahaja bagi hilangkan masalah tumit kaki merekah. Nah, jemput amalkan ya.
Tumit Kaki Merekah Dan Kulit Kering, Gosok Limau Dan Garam Terus Baik
Bahan-bahannya:
1) Limau nipis
2)Garam kasar
Cara-cara buat:
1)Belahkan limau nipis jadi 2 bahagian, letakkan garam kasar pada permukaan limau.
2)Basahkan kaki terdahulu (rendam dengan air suam lebih bagus).
3)Gosokkan kaki dengan limau nipis yang ada garam.
4)Gosok tumit kaki terlebih dahulu dan ratakan seluruh kaki
5)Biarkan 5 minit baru cuci dengan air paip biasa.
Hasilnya kulit kaki anda akan rasa lembut, cerah dan tiada bau masam. Orang perempuan ini bukan saja muka je nak kena jaga, tetapi dari hujung rambut sampai ke kaki semua kena jaga.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan menjadi lumrah setiap wanita itu untuk kelihatan lebih putih, cantik dan berbadan langsing.
Walau bagaimanapun ramai yang cuba mengambil jalan singkat bagi mencapai tujuan tersebut dengan mengambil suplemen atau melakukan prosedur yang membahayakan.
Namun jika tersalah langkah, akibatnya akan membuatkan penampilan seseorang jadi tidak menarik.
Seperti perkongsian seorang wanita @ladyvin_official yang memberitahu kesan dari ketaksubannya membuat ‘whitening drip’ untuk memutih dan mencerahkan kulitnya.
Menurutnya ini semua bermula dari ajakan rakannya yang melakukan prosedur itu sehinggalah dia disahkan menghidap penyakit kanser impak daripada prosedür kecantikan yang dilakukannya.
Katanya lagi, kesan selepas melakukan prosedur itu menyebabkan rambutnya gugur selepas 14 hari dan kini dia terpaksa menjalani rawatan kemoterapi serta kehilangan semua rambutnya.
Tambah wanita perkongsian dibuat adalah bertujuan untuk memberi peringatan kepada mana-mana pihak terutamanya golongan perempuan yang ingin terlihat putih dan cantik dengan menggunakan jalan pintas tetapi kesannya menakutkan.
Sempat menitip pesanan di ruangan komen menasihat orang ramai supaya tidak mencuba untuk melakukan prosedur ‘whitening drip’ ini.
Turut memberitahu tidak mahu orang lain menerima nasib sama sepertinya sambil menegaskan whitening drip ini sangat berbahaya untuk kesihatan.
Ternyata perkongsian di Tiktok ini mendapat 2.9 tontonan dan rata-rata memberikan kata-kata semangat padanya untuk sabar dengan apa yang berlaku.