Gemar Aktiviti Lasak & Jaga Makan. Rahsia Kecantikan & Kekal Awet Muda Normala Samsuddin

Share

Siapa tidak mengenali bekas pengacara wanita ini yang cukup hebat dan berbakat sekitar tahun 90-an.

Walaupun kini sudah ‘bersara’ dari dunia pengacaraan, namun aura Puan Seri Normala Samsuddin masih lagi kuat dan begitu terserlah.

Melihat pada senyuman mansinya dalam satu program realiti tahun lalu, bagaikan dapat meneka kebahagiaan dalam meniti kehidupan dilalui sekarang.

Kecantikan dan seri wajah masih seperti dulu, jadi tidak müstahil beliau dapat jolokan sebagai ‘Wanita Melayu Terakhir’.

Apa agaknya rahsia kecantikan wanita berasal dari Segamat, Johor ini dalam meniti usia 57 tahun.

Dalam satu temubual bersama SinarPlus, wanita yang juga nenek kepada tujuh cucu ini berkongsi rahsia menjaga kecantikan dan kesihatan dirinya.

Meskipun sudah melangkau usia 50-an, beliau sebenarnya sangat bersemangat melakukan aktiviti lasak.

Jika dilihat melalui Instagramnya, beliau dilihat rajin mendaki dan meneroka hutan belantara.

Jangan tidak percaya, beliau sudah menjejakkan kaki di Gunung Tahan, Pahang; Gunung Kinabalu, Sabah; dan Gunung Batur, Indonesia.

Pun demikian, ujar ikon penyiaran itu, minat itu sebenarnya digemari sejak kecil lagi.

“Bayangkan sejak saya berumur tujuh tahun, saya berjalan kaki sejauh 4 kilometer ke sekolah. Bagi saya, pergi balik ke sekolah itu ibarat satu latihan, sebab itu saya sebati dengan dunia lasak kini.

“Saya juga biasa meredah hutan bersama arwah datuk saya untuk memburu kancil, ayam denak dan menjala ikan sungai, saya seronok dengan itu semua,“ ujarnya tanpa berselindung.

Malah sewaktu menjadi wartawan penyiaran, Normala juga sangat aktif dengan aktiviti lasak apabila berjaya meredah Sungai Merapoh dan berakhir di Kampung Cegah Parah, Pahang untuk program Seulas Pinang.

Ditanya pula apa rahsia kekal awet muda,  Normala memberitahu sangat berhati-hati dengan pengambilan makanan.

Tiada mengambil sebarang jamu, produk istimewa mahupun sauna untuk menterjemahkan kecantikannya.

Namun, personaliti yang kaya dengan sifat ketimuran itu berkata, dirinya tidak sesekali makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sejuk.

Praktisnya cuma minum air rebusan halia, serai rebus bersama kunyit, dua hingga tiga kali seminggu. Selain itu, Normala akui, beliau amat menggemari sayur pegaga dan kecur.

“Saya sebenarnya kalau nak diikutkan, tidaklah berpantang macam-macam, saya jaga (kesihatan) sebab semakin tua, semakin banyak makanan yang saya alah seperti tidak boleh makan sebab angin, kembung dan sebagainya.

“Jadi pengambilan jenis makanan dan kuantiti amat saya beratkan, contohnya pulut, saya alah dengan pulut dari muda lagi,“ ujarnya lagi.

Selain itu dari segi kerohanian, beliau juga turut mengamalkan beberapa ayat tertentu diamalkan.

Apa yang kita baca setiap kali solat itulah yang sa amalkan. Cumanya saya juga Kalau boleh setiap hari akan habiskan satu muka surat bacaan Al-Quran.

“Kalau tak dapat setiap hari, saya akan lakukannya setiap kali lepas solat Subuh, Maghrib atau Isyak.

“Dan antara ayat-ayat yanğ saya amalkan setiap masa dari pagi hingga ke malam, saya akan amalkan Al-Fatihah, ayat Kursi dan juga 3 Qul.

“Inilah amalan yang saya tak boleh tinggal. Saya juga turut berdoa agar segala urusan dipermudahkab Allah,” kata isteri kepada Tan Sr Azmi Khalid.

Artikel Berkaitan:

Lepas Habis Pantang Perut Nampak ‘Flat’. Scha Alyahya Dedah Rahsianya Amal Menyusu Badan!

Masih Belum Ada Rezeki Dapat Anak, Ini 3 Cara Kesan Hari Subur Sebelum Bersedia Hamil

Bella Hadid Wanita Tercantik Di Dunia, Supermodel Berdarah Palestin Miliki Dagu 99.7% Sempurna

Published by
Siti Zurina Mat Saman