Gayakan Dress Putih Di Majlis Nikah, Dr Amalina Selebriti Kedua Tersiar Dalam Majalah Vogue Britain

Share

Siapa tidak mengenali doktor muda yang kini menetap ddan bertugas di luar negara, Dr Amalina Che Bakri, 33 tahun.

Selain bertugas sebagai doktor bedah, dia juga merupakan personaliti media sosial cukup popular seantero dunia.

Baru-baru ini Dr Amalina selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka tampan, Alexander Charles, 33 tahun.

Apa yang menjadi kegembiraan berganda buat dirinya apabila majlis perkahwinannya disiarkan di majalah fesyen majalah fesyen terkemuka, Vogue Britain.

Ternyata bukan calang-calang orang yang dapat tempat di majalah berkenaan. Selain Dr Amalina yang berasal dari Johor, beliau merupakan rakyat Malaysia kedua yang diberi ruang dalam majalah Vogue selepas penyanyi Yuna yang tampil sebagai penghias wajah Vogue Singapura dan Vogue Arabia.

Dalam majalah berkenaan telah menyiarkan beberapa keping gambar Dr Amalina mengenakan baju kurung semasa upacara pernikahannya baru-baru ini.

Busana kurung moden rekaan pereka dari Malaysia, Cosry yang disarungnya menjadi bualan ramai dan semestinya paparan pakaian tradisional itu dalam majalah global berkenaan menjadi kebanggaan kita semua.

Menerusi artikel yang disiarkan Vogue Britain, Dr Amalina antara lain menceritakan detik-detik bagaimana perkahwinannya terpaksa ditunda sehingga dapat direalisasikan meskipun tanpa kehadiran ibu tercinta, Sabariah Hassan.

Memang cantik dan sopan sekali busana digayakan Dr Amalina yang sememangnya menjadi kesayangan ramai. Malah walaupun jauh diperantauan tetapi sering berkongsi ilmu kesihatan kepada followernya di media sosial.

Sumber: Sinar Plus

Kredit Foto: Via Instagram Dr Amalina

Artikel Berkaitan:

Bermata Cantik & Dilabel Angelina Jolie Malaysia, Rupanya Dari ‘Baby’ Puteri Sarah Dah Pakai Contact Lens

Rahsia 12 Selebriti Kekal Cantik & Langsing Setelah Lahirkan Anak

DIY Masker Guna Putih Telur, Rahsia Camila Cabello Jaga Kecantikan Wajah

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman