Fathia Latiff Muncul Dengan Penampilan Berbeza, Viral Selepas Jalani Rawatan Estetik

Share

Pelakon jelita Fathia Latiff berbaju kurung menarik perhatian ramai warganet apabila artis yang memiliki wajah kacukan arab ini dikatakan berubah dan kelihatan pelik.

Fathia Latiff Muncul Dengan Penampilan Berbeza, Viral Selepas Jalani Rawatan Estetik

 

Menerusi hantaran foto tersebut, ramai yang menegur perubahan pada wajahnya yang dikatakan kelihatan berbeza daripada sebelumnya.

Mungkin cara foto diambil atau pengcahayaan membuatkan raut wajah Fathia berbeza dari sebelum ini. Meskipun wajahnya nampak sedikit kelainan namun Fathia masih kekal cantik.

Susulan itu, Fathia tampil memberi respons mengenai kritikan yang diberikan kepadanya di Instagram Storiesnya (IGs).

Kata Fathia, dia berasa gembira dengan penampilannya sekarang malah turut mempersoalkan warganet mengenai pengetahuan bersolek dan rawatan kecantikan.

Bukan itu sahaja, Fathia turut menyatakan tiada yang salah dengan penampilannya.

“Apa salahnya sekiranya saya nampak berbeza? Anda semua pernah dengar atau tidak mengenai solekan dan rawatan estetik? Saya bahagia dengan wajah saya sekarang ini,” bidasnya.

Februari tahun lalu, perkongsian Fathia menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dirinya melakukan suntikan filler di wajah.

Melihat pada video tersebut, Fathia sedang melakukan rawatan bahagian dagu dengan teknik dicucuk mengunakan gel ke dalam kulit rahang.

Selain itu, sebelum ini nama Fathia juga mencuri perhatian apabila muncul membuat siaran langsung Instagram namun seperti dihalang oleh ahli keluarganya.

Sebagai rekod, Fathia juga pernah dikecam kerana tindakannya tidak lagi memakai hijab sekitar tahun 2019.

IKLAN