Farisha Iris Kongsi Tip Cantik, Umur 20-an Dah Boleh Mula

Share

Masih muda tetapi Farisha Iris tak kedekut kongsi tip cantik yang dia amalkan dalam rutin hariannya kepada umum.

Pernah menjadi peserta Idola Kecil, Ceria Popstar dan Big Stage, Farisha mengakui sebagai selebriti adalah ‘crucial’ bagi dirinya untuk sentiasa tampil cantik dan bergaya.

Farisha Iris Kongsi Tip Cantik, Umur 20-an Dah Boleh Mula

Yelah, ramai peminat yang menjadikan dirinya sebagai role-model tidak kira dari segi fesyen hinggalah kepada rutin kecantikkan.

Haa… jom ‘gali’ rutin untuk kekal cantik yang sering diamalkan oleh si cantik manis Farisha Iris!

1. Rehat Yang Mencukupi

Menurut Iris, perkara yang paling penting untuk mengekalkan kecantikan adalah apabila tubuh badan mendapatkan rehat serta tidur yang mencukupi.

Jelasnya lagi, rehat yang mencukupi serta tidur yang berkualiti bakal memberikan aura yang berbeza kepada tubuh badan seseorang.

“Paling penting adalah kena cukupkan rehat, tidur jangan lambat dan jangan terlalu banyak tengok handphone kerana lambat laun ia akan memberi kesan kepada kulit kita,” ujarnya.

2. Ambil Air Secukupnya

Iris berkata indikator kedua yang perlu dijadikan amalan adalah ambil tahu tentang kadar air dalam badan. Water intake yang cukup amatlah diperlukan untuk memenuhi keperluan badan seseorang.

Dengan cuaca di negara tropikal yang panas dan lembap serta tidak menentu kebelakangan ini. Malah, pengambilan air yang cukup dapat mengelakkan kita dari terkena strok haba!

“Jika nak kekalkan kecantikan harus minum air yang banyak, kerana ia membantu untuk memulihkan kembali tenaga tubuh badan anda,” ulas Iris.

3. Sentiasa Berada Dalam Lingkungan Positif

Kecantikan juga kadangkala dipengaruhi oleh persekitaran di sekeliling kita, kerana persekitaran yang baik akan membuatkan mood seseorang menjadi baik, lebih yakin dan ia sekaligus memaparkan persona cantik secara tidak langsung.

Namun, sekiranya seseorang berada dalam persekitaran yang negatif dan buruk. Maka, semangat akan merundum maka pemikiran negatif akan memakan diri seseorang dari dalam. Lantas membuatkan personaliti seseorang itu terlihat tidak cantik.

Tapi Farisha juga rajin pakai mask ya, ini yang dia amalkan.

@farisha_iristu lah tu sbb pakai benda alah ni kulit flawless♬ original sound – farisha iris – ca

Justeru, ini pesan Iris kepada hijabi di luar sana yang mendambakan kecantikan:

“Anda semua perlu kekal positif, sentiasa senyum jangan marah-marah nanti lekas tua!,” selorohnya.

Jangan kata anak dara tak perlu jaga kulit wajah sebab masih muda ya, sebaiknya pembaca Rapi kena mengamalkan tip yang disarankan oleh Farisha Iris ini. Barulah boleh maintain kulit berish tanpa cela biar pun umur dah meningkat.

Published by
Nadia