Jangan abaikan masalah eyebag di bahagian bawah mata begitu sahaja, hilang seri wajah kalau anda tak ambil kisah.
Paling teruk kesannya akan menyebabkan wajah tampak lesu dan lebih berusia sehingga ada yang hilang keyakinan diri untuk tampil di khalayak.
Bagi anda yang mengalami masalah ini, cubalah beberapa petua ini yang dikongsi oleh pakar otak dan kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar.
Paling menarik, rawatan yang dilakukan tidak menggunakan ubat-ubatan sebaliknya secara semula jadi.
Pastikan anda mendapatkan tempoh tidur yang cukup.
Pada masa sama, bantal ditinggikan sedikit bagi mengelakkan pengumpulan cecair di kawasan mata ketika tidur.
Anda hanya perlu basahkan kain bersih dengan air sejuk dan tekan pada kawasan mata sambil duduk selama beberapa minit.
Guna tekanan yang sederhana ya! Jangan tonyoh kuat sangat bagi mengelakkan mata terluka.
Anda juga boleh menggunakan ais ketul dengan menggosoknya di sekitar mata.
Paling utama sekali, kurangkan pengambilan garam tambahan dalam diet seharian anda.
Cubalah tiga langkah mudah ini dan rasai perubahan dalam tempoh beberapa minggu.
Tak perlu lagi habiskan duit untuk membeli produk mahal-mahal!