Kecantikan

Erysha Emyra Kongsi Tip Kulit Cantik, Patutlah Wajahnya Sihat Tanpa Cela

Share

Suka tengok lakonan Erysha Emyra, orangnya juga semakin cantik wajah anak dramatis Datin Sri Noniswara ini.

Anak gadis tunggal Datin Sri Noniswara iaitu Nurerysha Emyra atau Erysha mencuri perhatian ramai khususnya di media sosial kerana mewarisi kecantikan asli ibunya.

Malah Erysha juga pernah tular suatu ketika dulu kerana kecemerlangannya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Erysha Emyra Kongsi Tip Cantik

Dilihat selalu berkongsi cara mekap dan menjaga wajahnya di media sosial, tak pelik kalau Erysha mempunyai kulit yang cantik tanpa cela.

Salah satu set penjagaan wajah yang dia guna adalah pelembap jenis gel untuk kekalkan kelembapan kulit wajahnya. Ini salah satu cara untuk prep wajah sebelum mekap juga.

Katanya, sesiapa yang mempunyai kulit kering sepertinya, boleh biasakan pakai pelembap setiap hari. Nak-nak musim panas ini, elok meresap terus ke dalam kulit. Nampak glowing!

Suka Mekap

Sesekali anak perempuan kedua Noniswara ini juga rajin berkongsi barang mekap yang diguna menerusi akaun Tiktok, ramai yang memuji melihat rutin kecantikannya.

Tidak perlukan barang mahal pun, Erysha biasanya kongsi barang mekap yang biasa dia pakai, mudah nak dapatkan di pasaran. Yang pasti selepas mekap, hasilnya kemas!

Terkini, Erysha dilihat semakin aktif dalam industri seni dan berlakon dalam drama Aku Bukan Ustazah bersama MK K-Clique yang disiarkan di TV3 dan Astro Ria.

Sumber gambar: Erysha Emyra

 

Published by
Nadia