
Memang menjadi tabiat pantang apabila melihat jerawat pada wajah tangan akan mula gatal untuk memicitnya.
Namun sebenarnya perbuatan ini salah kerana kesannya boleh meninggalkan parut yang agak sukar dihilangkan pada wajah.
Jika tidak diatasi kebarangkalian boleh menjadi parut jeragat yang bertompok–tompk di wajah.
Bagi mengatasi masalah ini ada kaedah tertentu untuk memicit jerawat pada wajah ini yang dikongsi oleh Dr Nazaelia.
Menurutnya jangan picit jerawat tetapi menngempiskannya dengan cara tertentu.
Kebanyakan orang beranggapan bahawa memicit jerawat adalah cara cepat untuk menghilangkannya kerana jerawat akan cepat kering dan lenyap dari kulit.
Padahal ketika memicitnya, nanah dan isi jerawat yang penuh bakteria tidak hanya terdorong keluar kulit, tapi boleh masuk lebih dalam ke pori-pori kulit di sekitarnya.
Hal ini berisiko menyebabkan jerawat semakin meradang dan membesar, hingga meninggalkan parut dalam atau bopeng.
Secara hakikatnya, jerawat akan sembuh dengan sendirinya. Kena sabar je la ek sis, jangan pegang-pegang, picit-picit dia. TAPIKAN .. nak kempiskan jerawat dgn cepat ada caranya ..
1. Hot Compression:
Rendam kain dengan air panas, lalu letak pada jerawat selama beberapa minit dengan kain ini dan ulangi beberapa kali sehari. Selain boleh meredakan rasa sakit akibat jerawat, hot compression juga dapat membantu membuka pori-pori agar jerawat lebih mudah kering atau pecah dengan sendirinya.
Tapi perlu diingat, cara ini berlaku hanya untuk jerawat whiteheads atau komedo putih, dan bukan untuk jerawat yang sedang meradang.
2. Sapu krim anti-jerawat:
Pilihlah krim anti jerawat dengan kandungan bahan seperti benzoyl perixode, azelaic acid, dan AHA. Untuk jerawat yang lebih serious dan banyak, penggunaan ubat seperti antibiotik dan tretinoin, mungkin akan diperlukan. Namun, ubat jerawat jenis ini perlu mendapatkan preskripsi doktor.
Sila dapatkan konsultasi dengan doktor kulit untuk menentukan pilihan ubat jerawat yang sesuai dengan kondisi kulit.
3. Gunakan bahan semulajadi:
Oleskan tea tree oil, atau menggunakan charcoal mask dapat membantu jerawat lebih cepat surut. Beberapa penelitian juga menunjukkan ekstrak teh hijau, lidah buaya, dan rumpai laut (kelp) dapat menghilangkan jerawat.
Tapi doc, memang tak tahan ni. Dah berhari2 dah … nak picit jugak leh?
The truth is, dr TIDAK SARANKAN untuk memicit jerawat sendiri dirumah. Ini kerana kurangnya peralatan yang steril atau cara memicit jerawat yang salah dapat membuatkan jerawat semakin parah.
Tetapi jika anda tetap ingin melakukannya, lakukanlah dengan teknik yang BETUL supaya tiada komplikasi kelak.
BASIC PRINCIPLE: HANYA TUSUKKAN KEPALA JERAWAT MENGGUNAKAN STERIL NEEDLE DAN BUKAN MEMICITNYA.
SUPERTIPS: Ingat ye, teknik ini hanya boleh digunakan untuk jerawat bernanah dan bukan untuk jerawat batu ataupun bisul. Teknik ini paling baik dilakukan setelah mandi dengan hot shower atau setelah hot compression. Wap panas boleh membuatkan kulit lembap dan pori-pori terbuka, sehingga jerawat lebih mudah dikeluarkan.
SEKALI LAGI DIINGATKAN, sebesar mana pun keinginan anda untuk memicit jerawat, sebaiknya hal tersebut tidak dilakukan.
Lebih baik berjumpa dengan doktor untuk dapatkan konsultasi yang sesuai dengan kondisi jerawat masing-masing.
Artikel Berkaitan:
Nak Hasil Solekan Jadi Wow, Elak Lakukan 10 Kesalahan Ini Waktu Mekap
Tampil Berseri Lepas Seminggu Melahirkan, Siti Nurhaliza Beri Nama Anak Kedua Muhammad Afwa
Mula Diserang Migraine, Rupanya Disahkan Sakit Buang Pinggang Tahap 5. Wanita Ini Beri Peringatan!