Elak Pakai Concealer Tebal, Nanti Hasilnya Berkerak!

Share

Nampak cantik molek sahaja orang yang pakai concealer tetapi kalau salah gaya wajah akan nampak berkerak dan palsu! Kalau ikutkan memang tak mudah nak jaga bahagian bawah mata yang agak sensitif dan mudah berkedut.

Haa.. tak boleh sapu sebarang krim yang anda rasa okay sahaja, tetapi perlukan produk khas untuk sekitar mata. Apa lagi bab mekap, mungkin anda kena ambil peduli juga ya.

Elak Pakai Concealer Tebal, Nanti Hasilnya Berkerak!

Solekan bawah mata sering kali menjadi mangsa concealer yang tebal, kemudian dilapisi dengan bedak yang kononnya untuk memudarkan lingkaran gelap dan garis halus.

Namun, setelah beberapa minit akan timbul hasil berkerak yang kelihatan lebih teruk dari garis mata yang sebenar.

Penggunaan concealer bukan untuk menghilangkan gelap bawah mata seperti eyebag atau dark circles. Ini satu formula untuk menaikkan bayang bawah mata diantara tulang pipi dan mata anda. Kononnya membantu memberi wajah kelihatan lebih segar serta bermaya.

Jadi cara nak elak bawah mata berkerak gara-gara concealer ialah..

Jangan Pakai Bawah Garis Mata

Ramai rupanya yang salah faham! Concealer sebaiknya diletakkan dibawah seperti gambar ini. Ingat ia bertujuan untuk memudarkan gelap bawah mata. Jika anda sapu betul-betul pada garis mata, akan lebih terlihat garis halus dan mungkin concealer akan cair dan masuk mata!

Pakai Sedikit Sahaja

Pilih concealer yang sesuai dengan jenis dan tona kulit anda. Ini supaya dapat mengelakkan anda dari guna concealer dengan banyak atau tebal. Usah khuatir memang tidak wujud hasil solekan licin seperti lilin, tekstur kulit itu normal.

Kemaskan Dengan Bedak Tabur (loose powder)

Jika nak concealer tahan lebih lama, anda kemaskan dengan loose powder. Cukup sekadar sedikit loose powder pada berus dan dap perlahan-lahan sekitar bawah mata. Ini bertujuan untuk memegang tekstur concealer dan memerangkap sebarang lembapan atau minyak berlebihan.

Selepas ini jangan pakai concealer tebal lagi ya, cukup anda tahu tekniknya. Selamat mencuba!

IKLAN