Elak Mekap Comot Waktu Berpeluh, Ini Tip Kekal Cantik Walau Bawah Matahari!

Share

Elak Mekap Comot Waktu Berpeluh, Ini Tipnya Kekal Cantik Walau Bawah Matahari! Istilah bercuti bukan bermeditasi di dalam hotel sebaliknya menikmati keindahan alam daerah yang dikunjungi dan mempelajari sejarah, seni dan warisan di situ.

Secara tak langsung anda perlu berada di bawah bahang panas mentari untuk menikmati panorama indah yang terbentang di depan mata.

Namun yang tak best, apabila anda mengenakan solekan, peluh boleh buat mekap comot bercapuk. Jadi tak hairan wujud wanita memilih untuk berehat di dalam hotel sahaja dan tidak mahu keluar menikmati persekitaran sebab takut mukanya gelap dan mekap cair waktu di luar. Ruginya kalau itu yang anda fikir!

Elak Mekap Comot Waktu Berpeluh

1. Ganti bedak asas dengan penyamar noda

Anda pasti risau solekan bercapuk lebih-lebih lagi akibat bereluh. Apa yang perlu anda lakukan adalah menggantikan penggunaan bedak asas kepada penyamar noda.

Penyamar noda mengandungi bahan yang lebih ringan dan juga padat. Jadi apabila disapu ke atas kulit penyamar noda ini tidak mudah terjejas akibat berpeluh. Sapukan lapisan nipis penyamar noda ini di atas kulit sebagai dasar kepada solekan.

Elakkan penggunaan bedak debu kerana bedak jenis ini bersifat mudah terjejas dan bergumpal disebabkan peluh.

2. Pilih solekan kalis air

Kadang rasa kecewa bila masuk kereta dan tengok cermin mascara telah luntur dan bawah mata terdapat lelehan hitam. Alaa… dah comot! Langkah yang paling efektik untuk menangani masalah ini adalah dengan menggunakan solekan kalis air yang tidak mudah luntur disebabkan peluh atau hujan.

3. Pilih pembayang mata jenis krim

Pemakaian pembayang mata boleh menyerlahkan penampilan terutama ketika mengabadikan kenangan dalam potret. Pembayang mata yang paling sesuai untuk digunakan ketika bercuti adalah jenis krim. pembayang mata jenis ini bukan sahaja mudah diaplikasi malah lebih mudah dimasukkan ke dalam bagasi berbanding jenis serbuk. Bukan itu sahaja pembayang mata jenis krim ini boleh menjadi boomerang ketika peluh mula keluar.   

4. Elak guna alat pengering rambut

Jangan menambahkan kerosakan rambut dengan menggunakan alat pengering rambut. Jika risau rambut menjadi melepek akibat panas dan berpeluh, guna perapi rambut selepas bersyampu. Jika anda menyapu perapi rambut secara konsisten dapat menjadikan volume akar rambut meningkat.

5. Pakai topi

Langkah yang paling mudah dan sering menjadi pilihan wanita untuk melindungi diri daripada panas matahari dan peluh adalah memakai topi. Topi tu bukan sahaja berfungsi untuk melindungi wajah atau rambut malah turut berfungsi sebagai aksesori.

Eh, sekarang ada topi yang melekat pada tudung terus pun, style kan?

Owh ya, kalau boleh pilih topi yang menyerap peluh dan membenarkan peredaran udara berlaku dengan baik.

Hah, tak leceh pun kalau pakai mekap waktu bercuti, bukan? Yang penting anda tahu rahsianya. Macam mana nak cantik dengan jaga penampilan sama.

 

Artikel Berkaitan:

Bukan Saja Atasi Mata Lebam, Air Bunga Mawar Buat Sendiri Atau Beli Juga Boleh Hilangkan Jerawat!

Selain Lancarkan Peredaran Darah, Khasiat Minyak Badam Buat Rambut Berkilau & Cegah Gugur!

Published by
Siti Zurina Mat Saman