Kecantikan

Elak Jeragat Muncul, Pilih Tinted Sunscreen Atau Physical Sunscreen?

Share

Ramai nak elak jeragat muncul dengan pakai sunscreen pilihan hati tanpa mengambil tahu mana satu yang sesuai dengan masalah kulit. Ada kala rasa tak selesa dan rimas waktu pakai sebab belum jumpa yang best!

Haaa… sebelum anda pakai sunscreen, mari belajar beberapa perkara yang mungkin masih ada beberapa perkara yang anda tak tahu untuk kata sesuai dan selesa bila sapu pada kulit.

Tinted Sunscreen

Sejenis sunscreen yang berwarna seperti foundation, konsep ala BB cream.

Perlu pakai sunscreen lain sebelumnya (chemical/physical).

Kesan sempurna untuk sesiapa yang tak nak pakai foundation atau bedak compact tetapi nak nampak bersiap.

Dalam 1 shade saja – sesuai semua tone kulit. Jadi ada sesetengah orang akan rasa terlampau kuning, cerah atau gelap.

Cukup senang diblend pakai jari sendiri (lebih ringan daripada foundation).

Physical Sunscreen

Biasanya ada zinc oxide, titanium dioxide dalam ingredients list. Sunscreen utama dalam step skincare terakhir.

Yang ini sesuai untuk semua kulit, tapi agak susah nak berdamai dengan yang kulit oily/acne prone sebabkan texture lebih heavy dan in cream form.

Biasanya ada sedikit whitecast. Sesetengah orang kulit lebih deep/tanned kurang suka.

Tetapi, ada hack!

Pakai physical sunscreen secara build-up supaya whitecast dikurangkan/tiada.

Jadi sekarang sudah tahu sunscreen mana yang elok, anda boleh pilih yang terbaik ikut jenis kulit dan rasa selesa untuk jadikan rutin setiap hari.

Published by
Nadia