Ramai wanita tidak ambil peduli tentang kepentingan memilih bra yang betul. Keterujaan memilih bra kerana rekaan semata-mata sebenarnya bakal mengundang kesihatan payudara dan bentuk tubuh seorang wanita.
Persepsi wanita terhadap payudara adalah subjektif kerana ada yang mahu menonjolkan payu dara tidak kurang juga mahu menyembunyikan payudara.
Namun, faktor utama yang perlu diambil kira ketika memilih bra adalah ukur lilit tulang rusuk dan saiz payu dara itu sendiri.
Fungsi bra itu sebenarnya adalah untuk menyokong dan memberi perlindungan kepada payu dara. Adalah penting untuk memilih bra yang memberi keselesaan bukan yang menyakitkan.
Jika masih ragu-ragu dengan saiz yang betul, sebaik-baiknya berbincang dengan pakar kerana mereka lebih arif tentang saiz dan ukuran yang betul.
Ini perkara yang perlu ada ambil tahu untuk pastikan bra dipakai selesa.
Rasa tidak selesa timbul ketika memakai bra apabila tali bra kelihatan ‘tenggelam’ di atas bahu. Ini kerana mangkuk bra yang digunakan mungkin terlalu kecil dan tidak padan dengan saiz payudara.
Lebih-lebih lagi apabila memakai bra berdawai dan ‘mencengkam’ payu dara. Payu dara yang terlalu merapat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa juga adalah kerana mangkuk bra yang dipakai terlalu kecil. Bahaya mengundang akibat ketidakselesaan ini boleh menyumbang kesakitan di bahagian belakang, leher dan bahu.
Mengetahui ukuran yang betul sangat penting dalam memilih bra. Peningkatan usia, perubahan saiz badan, perubahan gaya hidup dan kehamilan menjadikan saiz dan ukuran payudara berubah-ubah.
Jadi anda tidak boleh mengikut saiz yang sama sejak mula membeli bra dahulu sehingga sekarang. Buang jauh-jauh rasa malas untuk mencuba bra baru di fitting room. Hampir semua pengeluar pakaian dalam memberi pelanggan mencuba dahulu bra dan nasihat memilih saiz bra yang betul. Mendapat saiz bra yang betul kadang-kadang memberi kejutan!
Mengikut statistik setiap wanita memiliki sekuarang-kurangnya 19 helai bra tetapi hanya memakai empat bra yang selesa. Biasanya bra yang mahal mempunyai reka bentuk yang khusus dan selesa berbanding dengan bra yang murah.
Manakala bra yang murah tidak mempunyai pakar untuk mengira saiz bra yang sesuai. Membeli bra tanpa mencuba dahulu adalah cara yang salah kerana setiap rekaan mempunyai mangkuk dan tali bra yang berbeza.
Ada di kalangan wanita yang menganggap memilih saiz bra yang betul adalah membazir. Bagi mereka lebih baik membeli bra yang cantik tetapi murah. Setiap wanita sepatutnya memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bra yang terbaik dan sesuai mengikut keperluan. Cantik tidak semestinya elok.
Mungkin memakai bra yang betul tetapi asyik memakai bra yang sama sepanjang masa. Ini akan mempercepatkan jangka hayat bra tersebut. Mungkin tali bra menjadi cepat longgar dan tidak anjal dan cangkuk mudah tertanggal. Sekurang-kurangnya ada empat bra untuk dipakai secara bergilir-gilir.
Tidak kira anda memakai bra yang betul atau tidak tetapi mencampak bra di dalam mesin basuh boleh merubah reka bentuk asalnya. Ambil masa sedikit dengan membasuh bra dengan tangan dan sabun yang lembut agar bra tahan lama. Jangan jemur terus di bawah cahaya matahari untuk mengekalkan ketahanan bra tersebut.
Selaras dengan persedaran masa tubuh anda juga turut berubah. Saat akil baligh, mengandung, merancang keluarga, peningkatan usia dan stres fizikal tubuh juga berubah. Payu dara anda boleh membesar dan mengecil mengikut perubahan tubuh. Oleh itu, tukar bra mengikut perubahan tubuh anda.
Artikel Berkaitan:
Elak Mekap Comot Waktu Berpeluh, Ini Tipnya Kekal Cantik Walaupun Bawah Matahari!
Bukan Saja Atasi Mata Lebam, Air Bunga Mawar Buat Sendiri Atau Beli Juga Boleh Hilangkan Jerawat!