Kecantikan

Dua Cawan Teh Spearmint Setiap Hari, Buat Kulit Jadi Cantik

Share

Tular kebaikan minum teh spearmint yang dikatakan buat kulit cantik, jadi inilah masanya untuk mula amalkan!

Rata-rata yang mengamalkan petua ini menjelaskan teh istimewa ini mampu membuatkan kulit mereka jadi lebih bersih. Malah sampai berkaca, kiranya kalau nak kecapi glass skin, amalkan minum teh ini.

Bantu Hilangkan Jerawat

Selepas selidik tentang teh spearmint, ternyata banyak kebaikan jika dijadikan amalan harian. Salah satu untuk masalah jerawat hormon. Sesuai sangatlah buat para gadis yang sentiasa berdepan dengan jerawat setiap kali datang haid. Teh spearmint ini boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Baiki Penghadaman

Spearmint adalah herba pudina yang tinggi antioksidan. Ini boleh membantu mengimbangi hormon, menurunkan gula darah dan memperbaiki penghadaman, bahkan juga boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan daya ingatan.

@beauethix.skin Jerawat hormon tak boleh bergantung kepada skincare je. Skincare bantu surutkan jerawat lebih cepat dan elak lagi meradang & sakit. Jaga makan sangat-sangat penting untuk mengawal jerawat hormon. 🥰 #beauethix #beauethixmoisturiser #beauethixbarrierrescue #hormonalacne #breakout
#beauethixserum #blindpimples #jerawatbatu #acneproneskin #pendidikankulit #learnontiktok ♬ original sound – BeauEthix

Macam Mana Teh Spearmint Boleh Hilangkan Jerawat?

Dipetik dari Byrdie, kajian menjelaskan bahawa teh spearmint mempunyai sifat anti-androgenik, maksudnya boleh mengurangkan pengeluaran sebum. Hal ini baik untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat kerana sebum yang berlebihan boleh mengakibatkan pori-pori tersumbat, kulit berminyak, sehinggalah jerawat.

Berapa lama masa yang diambil untuk teh spearmint membersihkan kulit?

Disyorkan untuk minum sekurang-kurangnya dua cawan teh setiap hari selama sekurang-kurangnya sebulan untuk melihat perubahan pada kulit kamu. Badan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 60-90 hari untuk menunjukkan hasil.

Ada kesan sampingan?

Ini adalah pilihan yang selamat, anda boleh mencubanya jika bergelut dengan jerawat hormon. Tidak rugi untuk mencubanya kerana tiada kesan sampingan yang dilaporkan daripada meminum teh spearmint untuk jerawat ini.

Jadi kalau anda nak kulit cantik, teh spearmint adalah remedi semula jadi untuk mengurangkan jerawat hormon.

Selamat mencuba, gais!

Kredit video: BeauEthix

Published by
Nadia