Pencuci muka paling jimat kosnya dan sangat berkesan untuk semua jenis kulit, cukup dua bahan sahaja. Kalau anda nak guna, boleh ikut rahsia cantik yang dikongsikan oleh Puan Sharifah Zahidah di laman facebook miliknya yang tular.
Pastikan anda ada buah lemon dan sebotol madu asli untuk hasilkan produk skincare yang selamat tanpa racun.
Sungguh, dua bahan ni adalah bahan paling terbaik yang pernah jadi pencuci muka saya, baca sampai habis kalau nak tahu rahsia jaga kulit dengan kos rendah, cara sayalah.
Lebih 30 tahun, saya hidup tanpa secalit bedak. Lebih kuranglah… Sejenis low maintenance. Kecuali bab kediaman. Itu kita macam high sikit sebab sangat pentingkan keadaan kediaman dan persekitaran. Wajib bersih, damai dan selesa.
Bab skincare, low maintenance.
Masa nikah pun, tak sapu apa pada muka. Cuma bila dah makin menginjak dewasa, saya mula concern sikit pasal kesihatan kulit muka. Saya tengok semua orang takut dengan jeragat. Saya pun terjebak takut sama. Jadi mulalah pakai bedak, cream dan serum.
Konon-kononlah kan nak jaga kulit muka. Dipendekkan cerita, dari kulit elok terjaga, habis naik jerawat dan parut segala lepas belajar nak berskincare ni.
Betul, kalau anda jumpa saya sekarang anda boleh lihat betapa tak sihat kulit saya sekarang. Banyak paruit jerawat dan agak kusam.
Fikir punya fikir, mana silap? Kenapa teruk sangat kulit saya sekarang. Lama-lama barulah saya perasan, kulit jadi teruk sejak saya pakai macam-macam di wajah. Padahal saya memang jenis berprinsip, less is more.
Lagi kurang letak barang kat muka, lagi mudah nak jaga kulit muka sebenarnya. (Skincare yang saya guna sangat bagus. Cuma maybe bukan rezeki jenis kulit saya.)
Jadi saya pun macam tersedar dari mimpi dan teringat apa saya buat dulu untuk jaga kulit muka selama ni.
Sebab ramai tegur lately, kenapa dengan muka saya? Jadi nak tahu apa saya buat dulu?
Tak buat apa-apa pada muka adalah berbuat sesuatu yang amat bermakna untuk kesihatan kulit saya sebenarnya.
Ya, tak buat apa pun dulu. Buat basuhan yang asas saja iaitu campurkan perahan lemon dengan madu asli.
Cucikan ke muka, urut lembut. Bilas dengan air.
Buat seminggu sekali atau 2 kali saja. Jangan lebih. Itu saja. Jalan ke mana-mana memang tak bawa pencuci muka.
Cuci guna cara ni saja. Lemon + madu.
Yang penting, ratio lemon dan madu asli tu seimbang.
Lemon jangan banyak, madu jangan kurang.
Tekstur dia macam melekit-lekit tapi masih berair. Itu tekstur tepat bancuhan.
Jadi bila dah sedar, saya kembali ke rutin biasa saya sekarang ni. Hasil, kulit saya sekarang mula recover dengan sangat pantas.
Sebab gembira tengok kulit dah makin baik, saya pun teruja nak kongsi hal ni dengan anda semua.
Inshaa Allah banyak khasiat daripada penjagaan ringkas macam ni. Dah invest beli ratusan RM sebotol serum-serum jenama mahal dan jenama antarabangsa.
Tetap, resipi 2 ini yang paling sesuai dengan saya.
Harap-harap lagi sebulan kulit saya kembali sihat seperti biasa. Saya yakin dengan 2 bahan ni. Dah bertahun saya jadikan ia rahsia jaga kulit saya.
Tak apa, kita orang perempuan ada concern yang sama semua kan. Jadi tak salah kita kongsi benda-benda gini kan.
Kemudian kongsi apa anda punya kesan lepas guna petua ini.
Tapi kalau alah madu, sila jangan cuba okey. Okay itu saja petua cantik kali ini, selamat mencuba!