Dua Bahan Hilangkan Sunburn Di Wajah, Pakai 20 Minit Pun Dah Elok

Share

Tak mudah nak hilangkan sunburn di wajah kalau anda jenis langsung tak pakai pelindung waktu berjemur tengah panas.

Nak-nak kalau anda memang terpaksa berjemur tengah panas dek kerana bekerja atau aktif bersukan dengan cuaca panas.

Dua Bahan Hilangkan Sunburn Di Wajah, Pakai 20 Minit Pun Dah Elok

Golongan lelaki yang mementingkan penjagaan wajah juga tidak terkecuali mengalami masalah ini jika sering berada di tempat terbuka.

Bagi yang mengalami masalah ini, bolehlah mencuba petua daripada Arsha Armalie untuk menghilangkan kesan sunburn dengan cepat.

Kulit pun bertambah cerah dan lembut selain membuang kulit mati.

Bahan-bahan:

1. Oat

2. Susu

Cara penyediaan:

1. Campurkan kedua-dua bahan tadi sehingga sebati.

2. Sapukan pada wajah terutama di kawasan yang mempunyai kesan terbakar.

3. Tunggu sehingga kering atau selama 20 minit.

4. Kemudian bilas dengan air suam sehingga bersih. Akhir sekali, oleskan wajah dengan krim harian anda.

Senang, bukan? Cara ini sangat membantu kalau anal dara yang aktif main sukan, nanti kulit yang terbakar akan kembali cerah.

 

IKLAN