Kecantikan

DIY Skrub Bibir Untuk Cerah dan Lembap, Memang Berkesan!

Share

Buat anda yang nak DIY skrub bibir di rumah tanpa perlu pergi Spa, boleh cuba guna empat bahan ini sahaja.

Sesuai untuk anda yang ada masalah bibir gelap dan kering, atau mungkin selalu menggelupas.

DIY Skrub Bibir

Dikongsikan oleh saudari Nur Nahirah

, kalau anda ada semua bahan ini di rumah, boleh terus buat.

Hanya menggunakan 4 bahan sahaja iaitu Vaselline, madu, olive oil dan gula. Tak sangka kesannya cepat. Bibir akan auto lembut dan cerah sekali penggunaan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 sudu kecil vaselline
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil olive oil

Cara penyediaan:

1. Masukkan semua sekali bahan dan gaul rata
2. Bersihkan bibir terlebuh dahulu
3. Sapukan bi bir dengan skrub dan biarkan selama 15-30 minit
4. Skrub dan basuh bibir selepas itu.
5. Dan lihatlah hasilnya.

Alhamdulilah hasilnya bibir jadi lembap dan cerah. Semasa pemakaian tiada rasa sakit atau kegatalan. Bahan-bahan itu pun memang semua orang ada. Tak payah nak membazir.

Jenis vaselline tak kisah yang mana-mana, ikut kemampuan anda. Yang ini guna yang aloe Vera sebab Puan Nadhirah sudah biasa dan memamg sesuai dengan bibirnya.

Tengok lah hasilnya menerusi gambar. Nampak tak kering bibirnya dan lebih sihat. nanti buat, ya!

Published by
Nadia