DIY Masker Guna Putih Telur, Rahsia Camila Cabello Jaga Kecantikan Wajah

Share

Siapa tidak mengenali penyanyi yang cukup popular dengan lagu Havana ini. Nama Camila Cabello sangat popular seantero dunia.

Bukan saja kerana suaranya yang sedap, tetapi juga wajahnya yang sedikit unik dan dikurniakan kulit wajah yang paling bersih dan cantik di Hollywood.

Malah dalam setiap muzik video  lagunya, Camila kelihatan sangat anggun dalam setiap watak yang dilakonkan.

Bukan itu saja, penyanyi yang berdarah Cuba-Amerika juga sering dapat perhatian di majlis-majlis anugerah kerana wajahnya yang sangat cantik dengan solekan mampan.

Namun sebenarnya penyanyi yang mempunyai follower lebih 50 juta ini mengakui sangat selesa tanpa sebarang solekan jika tidak terikat dengan sebarang persembahan atau hal berkaitan kariernya.

Mungkin itu adalah sebab kena wajahnya cantik secara semulajadi kerana bahan kimia pada solekan sebenarnya tidak bagus untuk kulit.

Selain itu, Camila juga mempunyai rahsia dalam menjaga kecantikannya. Beliau tidak perlukan rawatan mahal, sebalinya hanya gunakan masker putih telur untuk disapu pada wajahnya.

Tambahnya dia belajar tip dan keadah DIY ini melalui ibunya sendiri. Kata Camila dalam satu temuramah bersama majalah Glamour, tip tersebut disampaikan oleh ibunya sendiri kerana putih telur amat berkesan untuk mengecilkan liang pori pada kulit.

“Saya dan ibu sudah menjadikan putih telur sebagai rutin. Ia mempunyia asid amino dan protein untuk ditukar fungsi kepada masker. Kulit pun mudah menjadi lembut dan tegang,” katanya.

“Selain masker, Camila juga suka memakai skrub muka untuk membersihkan sel mati. Air putih juga dijadikan tabiat minumannya selain wajib mencuci muka sebelum tidur.

“Tak kiralah sepenat mana pun kamu setelah sampai di rumah, muka perlu dicuci,” tambahnya lagi.

Jadi kepada yang mahukan cara tradisional yang lebih selama untuk kecantikan kulit wajah, boleh ikuti petua diamalkan Camila Cabello ini.

Artikel Berkaitan:

Diet Tanpa Berlapar, Fitness Coach Kongsi Senarai Stok Makanan Sihat Patut Ada Di Rumah

Disangka Angin Dalam Badan, Rupanya Cyst. Terus Buat Operation. Sakitnya Lebih Teruk Dari Bersalin!

Berjaya Hilangkan 20 Kg Dalam Masa 4 Bulan, Gadis Ini Kongsi Diet Mudah Tanpa Perlu Berlapar

IKLAN