DIY Kiub Masker Kentang, Cara Jimat Pudarkan Jeragat

Share

Kalau anda jenis rajin, boleh DIY sendiri kiub masker kentang untuk pudarkan jeragat. Ini memang salah satu petua orang lama yang sangat membantu cantikkan wajah menggunakan bahan alami.

Apa yang menarik, kiub masker kentang ini hanya memerlukan dua bahan saja, iaitu kentang dan lemon.

DIY Kiub Masker Kentang, Cara Jimat Pudarkan Jeragat

Kenapa kentang? Sebab kentang ini sangat tinggi antioksida untuk menyingkirkan jeragat. Kentang juga mampu menghalang terjadinya pigmentasi seperti melasma, bulatan hitan (dark circles), hyper dan hypo pigmentasi.

Manakala jus lemon mempunyai ciri pencerahan kulit yang baik yang akan bertindak sebagai peluntur kepada bintik-bintik jeragat.

Ini antara perkongsian petua menghilangkan jeragat daripada Esyima Zamri dengan menghasilkan kuib masker kentang secara DIY. Tak perlu susah-susah sebab boleh buat sendiri di rumah.

Bahan DIY Kiub Masker Kentang

1 biji Kentang – belah kecil
Lemon
Bekas kiub ais

Step By Step Membuat Kuib Masker Kentang Super Best

Bersihkan kentang. Kalau tak nak buang kulit, pastikan anda cuci sampai betul-betul bersih. Kisar kentang tadi sampai halus.

Hasil kentang kisar tadi masukkan ke dalam mangkuk dan perahkan 1/2 jus lemon. Kacau sebati.

Masukkan ke dalam bekas kiub ais dan simpan dalam peti beku.

Keluarkan jika sebaik anda mahu menggunakannya. Baca aturan penggunaan di bawah.

Cara Pakai Kiub Masker Kentang Di Muka

1. Bersihkan dulu wajah agar masker boleh bertindak dengan lebih efektif dan tiada kotoran terhalang semasa kiub masker kentang menjalankan kerjanya.

2. Keluarkan dari peti beku, ambil seketul kiub masker kentang dan sapu pada keseluruhan wajah terutama yang banyak jeragat. Sapu sampai kiub itu mencair.

3. Hati-hati jangan terlalu kuat menyapu di bahagian sensitif seperti bibir dan mata.

4. Kemudian, bilaslah dengan air bersih.

5. Boleh dipakai secara harian. Lebihan kiub masker kentang tadi boleh disimpan semula dalam peti beku.

Punca Jeragat

1) Hormon di dalam badan tidak stabil, terlalu terdedah pada cahaya matahari
2) Kekurangan vitamin dalam badan disebabkan proses mengandung dan penyusuan.
3) Penggunaan komestik yang tinggi bahan kimia juga menyebabkan terjadi jeragat

Sumber/Foto/Video: Facebook Esyima Zamri

IKLAN