Pelakon wanita yang sedang meningkat naik, Rita Nadira dipuji ramai tentang lakonannya dalam telemovie Saat Hilang Cintamu yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini, malah sesetengah babak drama terebut masih tular di media sosial.
Telemovie yang mengisahkan tentang Razil (Zamarul Hisham) yang tetap setia dan menyayangi isterinya, Salinah (Rita Nadira) walaupun telah meninggalkannya demi lelaki lain.
Susulan tayangan telemovie tersebut, para peminat dilihat bertanya pelbagai soalan terhadap Zamarul Hisham termasuklah sikap Rita Nadira apabila mereka berdua digandingkan bersama dalam telemovie tersebut, ketika sesi live bersama peminat di TikTok.
“Seorang pelakon yang tak langsi kat set shooting, tak banyak songeh. Dia very humble, pandai bergaul dan hormat-menghormati,” dedah Zamarul ketika sesi live di TikTok.
Pernah disamakan dengan Zahirah Macwilson dan Rita Rudaini, rata-rata peminatnya memuji kecantikan pelakon itu dan mengatakan mereka seperti adik-beradik. Natural beauty, tak perlu mekap yang tebal untuk nampak cantik.
@ritanadira_ Replying to @Azalia Alis ada iras ke? #ritanadira #zahirahmacwilson #foryoupage #fyp ♬ original sound – Rita Nadira
Menerusi satu video dari Bougasbeauty, Rita Nadira tak kedekut kongsi tip cantiknya kepada umum.
“Nak cerita panjang… jadi yang paling utama pencuci muka, serum, pelmbap dan sunscreen. Untuk remaja di luar sana, kalau anda nak jaga kulit, anda kena cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari.
“Lepas tu pakai produk yang sesuai dengan kulit anda dan anda kena ambil tahu apa bahan yang terkandung dalam produk tersebut. Kalau boleh ambil yang natural produk sebab dia sesuai untuk semua jenis kulit,
kongsinya.”Haa… patutlah cantik bersih kulitnya, dia memang jenis menjaga kulit dari usia remaja ya! Jadi, anda pun boleh ajar anak dara dengan penjagaan kulit yang betul dari peringkat remaja lagi, barulah kulit bersih tanpa masalah cela!