Kecantikan

“Cuci Muka Sahaja Tak Cukup!”, Cara Ramona Zamzam Jaga Kulitnya

Share

Hanya dengan menekankan bab cuci muka, pelakon, Ramona Zamzam kelihatan cantik dan awet muda walau sudah berstatus seorang ibu.

Mencecah usia 33 tahun, Ramona dilihat bertubuh langsing dan wajahnya tidak mempunyai cela. Baik jerawat atau jeragat, tetap cantik!

Kalau nak tahu apa amalan dan rutin kecantikannya, jemput baca perkongsian ini.

Minum Air Secukupnya

Menurut Ramona, air yang secukupnya sangat penting untuk dapatkan kulit yang cantik. Untuk sehari, minimum air yang perlu kamu ambil adalah sebanyak 2 liter.
Tidur yang cukup sangat penting

Tidur sangatlah penting! Cuba dapatkan waktu tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6-8jam sehari. Tujuannya adalah untuk memberi kulit dan badan rehat dengan secukupnya.
Kerap tukar sarung bantal dan cadar katil

Bila guna mata kasar, kawasan tempat tidur memang nampak bersih seperti tiada kotoran. Tetapi kalau kamu nak tahu, kawasan ini merupakan kawasan yang paling kotor dengan debu dan pepijat.

Tukar secara berkala iaitu seminggu sekali atau tiga kali sebulan dan jangan pula tunggu sehingga setahun sekali baru nak tukar ye.

Cuci Muka Dengan Betul

Kalau kamu nak tahu bila tak cuci muka dengan bersih dan betul, mekap, kotoran atau habuk di wajah akan terkumpul dan tersumbat dalam liang pori.

“Mencuci saja tidak cukup. Tapi cuci sebersih-bersihnya. Ingatkan habis shooting balik rumah mandi cuci muka pakai facial wash saja dah cukup, maka bermulalah kejadian masalah kulit yang amat teruk!”

Bersenam & Keluarkan Peluh Setiap Hari

Bagi Ramona, dia perlu mengeluarkan peluh setiap hari melalui aktiviti atau senaman yang dilakukannya. Tak kiralah berjalan, hiking atau bermain sukan kegemaran, asalkan peluh dapat dikeluarkan.

Mengeluarkan peluh daripada badan bukan sahaja untuk membuang toksin dalam badan tetapi bagus untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik secara semula jadi.

Jadi, kalau anda nak berkulit cantik dan tubuh langsing tanpa lemak degil, kena lah rajin bersenam. Owh ya, bab cuci wajah tadi pun pastikan ikut cara Ramona Zamzam, barulah jelita walau usia berganjak ke depan.

IKLAN