Tahu tak macam mana cuci muka kaedah 4-2-4? Jangan pelik, ini salah satu rahsia penjagaan kulit orang Jepun, khususnya wanita.
Bagi merka, nak capai kulit yang sihat dan bersih, mereka percaya pada masa. Di mana mereka membuat ritual mereka sendiri untuk kelihatan sempurna dalam menyingkirkan masalah kulit.
Teknik ini memakan masa selama 10 minit dan mempunyai 3 langkah utama yang dapat menjadikan wajah bersih bersinar.
Sebenarnya ini sistem khas yang dibahagikan kepada peringkat mengikut masa.
1. Mulakan dengan minyak selama 4 minit.
2. Selepas itu kamu boleh menggunakan pembersih selama 2 minit.
3. Dan langkah terakhir adalah membilas selama 4 minit.
Pakar mengatakan bahawa jika menggunakan kaedah pembersihan ini, anda tidak perlu mencuci muka pada waktu pagi, hanya pada waktu malam. Tambahan, kamu tidak perlu melakukannya setiap hari. 4 kali seminggu sudah mencukupi.
Guna minyak bertujuan meningkatkan peredaran dengan mengurut kulit selama 4 minit. Ini untuk melembutkan lapisan atas dan membantu melonggarkan liang yang tersumbat. Sangat penting untuk memilih minyak yang betul.
Setelah mengurut wajah, sapukan sedikit pembersih di bahagian atas minyak. Pakar mengatakan bahawa pembersih krim lebih baik daripada yang foam atau gel kerana tidak mengeringkan kulit. Bersihkan wajah selama 2 minit dengan gerakan lembut agar tidak membahayakan wajah.
Bilas Guna Air Suam Dan Sejuk
Mulakan dengan air suam selama 2 minit, kemudian selesaikan dengan air sejuk selama 2 minit lagi. Air suam dapat membilas lebihan minyak dari kulit anda dan meningkatkan aliran darah ke permukaan.
Air sejuk dapat membantu mengetatkan liang pori. Teknik ini membantu menghidrat kulit sehingga selepas prosedur, wajah akan kelihatan berkilat.
Haa… selepas ini anda boleh cuba kaedah wanita Jepun untuk dapatkan kulit tanpa sebarang cela.