Cuci Muka Elok Guna Air Panas Atau Sejuk? Ini Jawapannya!

Share

Biasanya anda cuci muka guna air panas atau sejuk untuk membuang kotoran pada wajah? Ini dikira soalan random untuk memastikan anda menggunakan air yang tepat sewaktu membersihkan wajah.

Air Panas Atau Sejuk

Jadi mana satu untuk kulit muka anda?

Dipetik daripada Byrdie, pakar dermatologi mengatakan bahawa air sejuk atau suam adalah pilihan yang lebih baik untuk mencuci muka daripada air panas. Salah satu sebab ialah banyak keadaan kulit seperti rosacea dan atopic dermatitis (eczema) boleh menjadi lebih teruk dalam suhu panas.

Elakkan Air Panas

Haaa… bukan itu saja, satu lagi sebab kenapa anda kena elakkan air panas semasa mencuci muka adalah kerana air panas boleh menanggalkan penghidrat dan pelembap semula jadi daripada kulit. Ini akan menjadikan kulit kering dan meradang dari semasa ke semasa.

Menurut American Academy of Dermatology, air sejuk atau panas bukanlah pilihan terbaik semasa mencuci muka. Suhu air yang paling sesuai untuk mencuci muka adalah suam!

“Suhu air tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk. Pilih suhu yang betul-betul di tengah – suhu suam tidak akan menanggalkan minyak semula jadi kerana terlalu panas atau mengecut kerana terlalu sejuk.”

Cuci Muka Kena Dua Kali Sehari

Satu lagi peraturan cuci muka yang ramai pandang remeh adalah hadkan mencuci muka dua kali sehari sahaja. Tetap konsisten dan cuba cuci dua kali sehari, terutamanya pada penghujung hari untuk menanggalkan kotoran, solekan dan bakteria.

Cuci yang berlebihan boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan menanggalkan pelembap semula jadi pada kulit.

Jenis Pencuci Muka

Foam cleanser: Dapat berbentuk gel mahu pun krim. Ketika dicampur air, pembersih muka ini biasanya akan menghasilkan banyak buih.

Buih itu bermanfaat untuk membersihkan pori-pori, menghilangkan kotoran, dan menghapus bekas makeup ringan. Jenis cleanser ini sesuai digunakan untuk pemilik kulit berminyak, normal, dan kombinasi.

Pencuci Krim: Dalam bentuk krim, pembersih muka ini umumnya menghasilkan sedikit buih dan membuatkan kulit lebih lembap. Jenis cleanser krim dapat membantu membuang lebihan sebum (minyak alami kulit) dan sisa makeup ringan.

Jenis kulit yang cenderung dengan jenis cleanser krim adalah kulit kering dan sensitif.

Sabun Ketul: Jenis pencuci dalam bentuk sabun ketul (bar soap) juga mampu menghilangkan kotoran di wajah. Sebelum membeli sabun muka ketul, teliti kandungannya agar tidak menjadikan kulit anda kering atau iritasi.

Sabun ketul atau bar sesuai untuk segala jenis kulit, bergantung kandungan di dalamnya. Namun, sabun muka ketul lebih disarankan untuk kulit normal, kombinasi, dan berminyak.

Bagi anda yang berkulit sensitif dan kering, pastikan kandungan sabun wajah ketul bersifat melembapkan.

Jadi hati-hati ya, walau anda berniat mahu bersihkan kulit wajah. Jangan sampai kulit kering disebabkan salah cara mencuci muka.

Published by
Nadia