Cuci Muka Dengan Cara Yang Tepat Ikut Dermatologi, Jangan Tinggal 2 Peraturan Ini!

Share

Jika anda sudah cuci muka pun masih terasa kesat, kering, dan rasa macam tak bersih, mungkin cara yang anda lakukan selama ini salah.

Kalau anda jenis bersolek, membersihkan muka dengan betul pada penghujung hari yang panjang adalah penting untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Tetapi tidak semua amalan menanggalkan solekan berfungsi dengan baik. Malahan tak semua makeup remover yang ada di pasaran sesuai dengan kulit.

Cuci Muka Dengan Cara Yang Tepat Ikut Dermatologi, Jangan Tinggal 2 Peraturan Ini!

Pakar dermtologi Lindsey Zubritzky, MD, melalui TikToknya menerangkan bahawa makeup remover jenis wipe hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit muka.

@dermguru EPISODE 20 | Winter skincare edition! Be sure to change things up when the weather gets cold #Dermguru #UseThisNotThat #DrySkin #Eczema #Skintok #dermtok ♬ Jingle Bell Rock – Bobby Helms

Jadi, macam mana cara untuk menanggalkan solekan dan seterusnya mencuci muka yang tepat?

Cleansing Oil, Balm Atau Micellar Water

Lindsey Zubritzky sentiasa mengesyorkan double cleansing jika anda bersolek tebal, supaya anda boleh menggunakan cleansing oil atau micellar water, atau juga balm untuk langkah yang pertama.

Ini bagi memastikan solekan anda dapat ditanggalkan dengan betul, malah ketiga formula ini sangat lembut dan ringan untuk kulit.

Selesaikan Dengan Gentle Cleanser

Tak kisah guna jenama apa, tetapi pastikan lembut dan selesa bila dipakai. Kalau ikutkan Dr. Zubritsky, dia menggunakan CeraVe Hydrating Facial Cleanser.

Ini adalah pencuci muka yang tidak berbuih yang dibuat dengan asid hyaluronik, ceramide dan gliserin untuk menjadikan wajah kamu bersih dan terhidrat.

Setiap orang ada cara masing-masing untuk mencuci muka, tetapi 2 peraturan di atas paling basic untuk kulit yang sihat.

Haaa.. pastikan anda cuci muka dengan cara yang betul ya! Kalau kerap sangat mencuci pun, kulit boleh jadi kering.

Published by
Nadia