Jom, cuba cerahkan kulit guna tomato! Mungkin ramai yang sudah cuba tetapi tidak pakai konsisten dan rasa agak rumit nak buat.
Jangan risau, saudari Liya ada kongsikan 3 cara yang mudah untuk anda amalkan dalam rutin kecantikan. Yang penting rajin!
Tomato memang membantu membuangkan sel kulit mati, tighten pores and prevent acne
.
Potong 2 tomato yang sudah dicuci. Kemudian gosok di wajah mula dari dahi, turun ke pipi and then dagu. Pastikan air dari buah tomato and sari buah tomato tu ada pada kulit anda. Kemudian biarkan dalam 10-15minit. boleh bilas dengan air.
Hiris tomato halus halus supaya senang nak letak pada wajah. Letak dekat dahi pipi dan dagu. Hati-hati kalau airnya masuk dalam mata, pedih nanti. LBiarkan 10 minit dan gosok pada wajah bagi serata, kemudian boleh bilas.
Hancurkan tomato dan buat buat masker. Biarkan dalam 10-15 minit, boleh bilas!
Selain tu untuk exfoliate bahagian scrub anda boleh add on gula. Untuk masker, boleh add perahan lemon. Atau guna tomato saja pun boleh. Semua bahan ini sangat membantu pulihkan kulit wajah dan jadikan cerah semula jadi.
Senang, bukan? Bukan satu tetapi tiga petua guna tomato. Jangan lupa cuba semua petua ini, ya!