Kecantikan

Che Puan Sarimah Nampak Awet Muda, Rajin Bersenam Dan Jaga Kulit Wajah Sebelum Tidur

Share

Sudah menginjak usia 45 tahun, aura dan keanggunan Che Puan Sarimah tetap memikat. Dari zaman anak dara sampai sudah berstatus ibu seorang anak, penampilan selebriti cantik ini sentiasa menarik perhatian ramai.

Apatah lagi Che Puan Sarimah mewarisi kecantikan kedua-dua ibu bapanya yang berketurunan Melayu-Irish.

Che Puan Sarimah Awet Muda

Malah, beliau aktif mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya melibatkan rutin senaman pilates dan gemar berkongsi aktiviti kecergasan tersebut di platform media sosial.

Sebelum ini pun, Che Puan Sarimah juga ada kongsikan petua kekal sihat dengan dengan cara minum dua liter air kosong sehari, 40 minit senaman dan solat. Boleh cuba ikuti tip ini, manalah tahu wajah dan badan kekal muda serta sihat walaupun usia sudah 50 tahun.

Dan pernah berpesan soal kecantikan dan diet, “makan cukup-cukup jangan nak diet dan skip makan. Kulit jadi kusam and breakout nanti. Sebab tak cukup backup zat untuk badan nak lawan serangan jerawat tu.”

Cukup menjaga waktu tidur selama 8 jam, tidak pelik jika Che Puan Sarimah masih kelihatan anggun dan jelita walau usianya sudah 45 tahun. Kongsinya, sebelum tidur memang buang mekap dan amalkan pakai pelembap setiap malam tanpa gagal.

Aktif Bidang Pengacaraan

Walau sibuk menguruskan keluarga, Che Puan Sarimah tetap ligat dengan kerjayanya sebagai pengacara.

Sehingga ke hari ini Che Puan Sarimah sudah 26 tahun menceburi bidang pengacaraan tidak kira untuk majlis santai, rasmi dan sebagainya.

Sekadar info, Che Puan Sarimah dan suami, YM Tunku Jamie sah bergelar suami isteri pada 2 April 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu YM Tunku Sofia Najihah yang berusia empat tahun.

Published by
Nadia