Kecantikan

Cerahkan Tona Kulit Dan Parut. Bukan Muka Sahaja, Bahagian Lain Pun Boleh!

Share

Ini cara mudah cerahkan tona kulit dan menghilangkan parut dengan berkesan dan cepat. Haaa… mesti ramai tengah mencari cara nak mencerahkan tona kulit dan menghilangkan parut.

Tak perlukan bajet besar pun, cuba guna petua yang dikongsikan oleh Ameera.S

ini dulu, terbaik untuk anda yang boleh konsisten amal.

Cerahkan Tona Kulit Dan Parut

Hanya perlukan 3 bahan sahaja:

• Tepung beras
• Gel aloe vera
• Air

Ini Langkahnya:

1. Sediakan tepung beras
2. Masukan aloe vera
3. Masukan sedikit air, make sure air jangan banyak
4. Kacau sehingga sebati and cair
5. Kacau sehingga jadi seperti ini
6. Sapu pada permukaan kulit tangan
7. Tunggu ia kering dalam 10 minit
8. Bilas dengan air dan siap!

Jadi anda yang nak cuba petua yang sangat mudah dan cepat berkesan, boleh cuba tip ini ya.

Kena lah rajinkan diri untuk mencuba. Memang sangat berkesan untuk anda yang ada masalah celah-celah gelap atau pun parut hitam, memang dapat membantu mencerahkan.

Published by
Nadia